Nelayan Vietnam terapung lima hari ditemui selamat

Nelayan Vietnam terapung lima hari ditemui selamat

 

PASIR PUTEH – Seorang nelayan warga Vietnam ditemui dalam keadaan selamat selepas bot yang dinaiki karam berhampiran Pulau Nam Du, Vietnam lima hari yang lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Sepanjang tempoh itu, mangsa yang berusia 41 tahun hanya berpaut pada pelampung pukat tanpa seurat benang sebelum diselamatkan oleh kru kapal sekitar pukul 11.30 pagi semalam.

 

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, Kepten Maritim Muhd. Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, mangsa ditemui kira-kira 107. 2 batu nautika dari kuala Tok Bali di sini iaitu sejauh 147 batu nautika dari pulau lokasi bot karam.

See also  Terima Kasih Bobby berjasa besar menyelamatkan penduduk dari kebakaran

 

Katanya, Maritim Malaysia menerima laporan mengenai penemuan mangsa daripada Kapal Express 93 sebelum berjaya menemui lelaki itu pada pukul 2.20 petang.

 

“Anak kapal itu telah menyelamatkan mangsa sebelum menghubungi pihak Maritim.

 

“Siasatan awal mendapati, mangsa bekerja sebagai nelayan di atas sebuah bot bersama lima orang awak-awak termasuk seorang tekong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

See also  Tiga Nelayan Vietnam Cedera Terkena Serpihan Tembakan Selepas Cuba Serang Anggota APMM

 

Menurutnya, bot yang dinaiki mangsa dipercayai karam sebelum dihanyutkan ke lokasi dia ditemui.

 

Katanya, mangsa telah dibawa ke Jeti Tok Bali Supply Base (TBSB) pada pukul 9.30 pagi tadi.

 

“Pemeriksaan awal mendapati, mangsa mengalami hypothermia iaitu suhu badan sejuk, sedikit kekejangan dan kesukaran bernafas.

 

“Mangsa juga telah dihantar ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku di sini untuk menjalani saringan Covid-19 dan pemeriksaan kesihatan,” katanya.

 

Bagaimanapun, nasib rakan-rakannya lain yang turut karam dalam kejadian itu masih belum diketahui. – K! ONLINE

See also  Samseng sekolah tak puas hati buli pukul junior hingga bengkak tulang rusuk

 

Oleh TOREK SULONG

28 Mac 2021, 6:22 pm

 

#Kosmo

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Nelayan Vietnam terapung lima hari ditemui selamat " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146267
Users Today : 2716
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21573
Users Last 30 days : 77665
Users This Month : 39992
Users This Year : 146266
Total Users : 146267
Views Today : 3726
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32783
Views Last 30 days : 118999
Views This Month : 60913
Views This Year : 223303
Total views : 223304
Who's Online : 42
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares