[BERITA JENAYAH HIDUPAN LIAR]
spesies burung Love Bird (???????????????????????????????????? ????????????.) adalah spesies yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [???????????????? 716]
Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah menjalankan operasi penguatkuasaan secara mengejut di sebuah premis sekitar daerah Seremban, Negeri Sembilan. Hasil pemeriksaan oleh anggota penguatkuasa Jabatan PERHILITAN telah berjaya menyita 6 ekor burung Lovebird (???????????????????????????????????? ????????????.) dan 7 ekor Red-eared Slider (????????????????ℎ???????????????? ????????????????????????????) yang dijual tanpa sebarang kebenaran oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia.
Untuk makluman bersama, spesies burung Love Bird (???????????????????????????????????? ????????????.) adalah spesies yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [???????????????? 716] yang memerlukan Lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan PERHILITAN manakala spesies Red-eared Slider (????????????????ℎ???????????????? ????????????????????????????) adalah spesies Jadual Kelima (spesies terkawal) di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [???????????????? 716] di mana menurut Seksyen 117, ???????????????? 716, tiada seorang pun boleh menyimpan, menjual, membeli, mengimport dan mengeksport mana-mana spesies yang dikawal yang dinyatakan dalam Jadual Kelima (spesies terkawal) dan jika disabitkan bersalah, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.



Laporan polis telah dibuat Balai Polis Seremban 2, Negeri Sembilan berkaitan perkara ini. Kesemua barang rampasan telah dibawa ke Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " PERHILITAN rampas burung Love Bird spesis dilindungi " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.