Terlepas tangan bapa, kanak-kanak lari ke tengah jalan maut dilanggar kereta

Terlepas tangan bapa, kanak-kanak lari ke tengah jalan maut dilanggar kereta

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kereta Perodua Kancil yang dipandu seorang wanita tidak sempat mengelak Mu’tahal yang berlari ke tengah jalan, lalu melanggarnya. – Astro AWANI

 

DUNGUN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kampung Wa, di sini, malam tadi.

 

Dalam insiden kira-kira jam 8.30, mangsa, Mu’tahal Assalami, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.

 

Ketika kejadian, mangsa bersama ahli keluarganya berkunjung ke sebuah restoran untuk menikmati makan malam.

See also  VIDEO✓✓ Mujur sempat, emak sudah amanahkan beli beras itu

 

Menurut bapanya, Assalami Ahmad, 61 tahun, dia bersama isteri dan tujuh anaknya baru sahaja tiba di restoran tersebut dari kediaman mereka di Kampung Jerangau.

 

Ketika sedang memeriksa suhu badan, pegangan tangannya terlucut, lalu anaknya terus berlari ke tengah jalan.

 

Sejurus selepas itu, sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu seorang wanita tidak sempat mengelak lalu melanggarnya.

 

“Saya sedang tulis nama, pegang anak sebelah, kemudian dia sentap tangan dan lari ke jalan, saya kejar tetapi tidak sempat.

See also  Putus dua jari kaki dilanggar penjenayah

 

“Kereta itu laju, kemudian melanggar anak, dia terpelanting. Saya angkat (tubuhnya) dan lihat anak sudah tiada,” katanya.

 

Budak 3 Tahun Maut | Dilanggar kereta selepas lari ke tengah jalan

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

 

Katanya, mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

See also  [Video]Perangai pemandu musibat mesti dikenakan tindakan undang-undang tegas.

 

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan, APJ 1987.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Terlepas tangan bapa, kanak-kanak lari ke tengah jalan maut dilanggar kereta " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146441
Users Today : 2890
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21747
Users Last 30 days : 77839
Users This Month : 40166
Users This Year : 146440
Total Users : 146441
Views Today : 3969
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 33026
Views Last 30 days : 119242
Views This Month : 61156
Views This Year : 223546
Total views : 223547
Who's Online : 44
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares