Kasihan Suspek pecah rumah dibelasah teruk undang kemarahan penduduk dan netizen

[UPDATE] Suspek pecah rumah dibelasah teruk undang kemarahan penduduk

Seorang lelaki dibelasah tanpa belas kasihan oleh beberapa individu bagaikan tiada hari esok, di tepi jalan kerana dipercayai melakukan kegiatan pecah rumah di kawasan tersebut yang mengundang kemarahan penduduknya.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Video kejadian yang dirakam oleh orang awam berdurasi 6 minit 34 saat itu juga viral di media sosial. Menurut sumber, kejadian itu dikatakan berlaku di Tumpat, Kelantan.

 

Video menunjukkan dua lelaki memukul suspek terbabit menggunakan kayu berkali-kali tanpa belas kasihan dan mendesaknya menyerahkan sebilah pisau yang dibawanya. Suspek kemudian akur dan mengambil pisau yang telah dibuangnya sebelum itu dan diserahkan kepada penduduk.

Bagaimanapun di media sosial, netizen tidak bersetuju dengan cara sekumpulan penduduk itu menangani masalah itu menggunakan kekerasan kerana bimbang suspek mengalami kecederaan yang boleh menyebabkan maut.

See also  {video} Cemas dikejar anak gajah

 

“Alahai orang kampung ni pun over. Masing-masing nak tunjuk hero. Jangan pukul dia dulu, kita tahu dia bersalah pecah masuk rumah dan mencuri. Tangkap dan ikat sahaja, kemudian serahkan ke balai.

 

“Bulan puasa ni jangan nak tunjuk pandai. Nanti mati pesalah tu, orang kampung ramai-ramai ditangkap dan berayalah korang dalam lokap.

 

“Cuba kalau ahli keluarga korang yang kena pukul camni, apa perasaan korang,” kata Bellamy, bukan nama sebenar.

See also  VIDEO✓✓ Mujur sempat, emak sudah amanahkan beli beras itu

 

“Semoga Allah membalas balik 100 kali ganda kepada yang memukul. Kau ingat dia anak patung ke? Dah dapat tangkap, ikat dan call polis. Kalau nak pukul, guna tangan sudah,” kata Fernando, juga bukan nama sebenar.

 

“Dua kali saya ulang viddeo ni. Saya ingat dia cari pisang. Dia sebut ‘pisang.. pisang’, rupanya pisau!” patutlah, di Kelantan jadinya ‘pisa’,” kata Monkey D. Luffy, bukan nama sebenar di duniawi.

 

Pihak polis pernah mengeluarkan kenyataan bahawa orang awam tidak boleh mengambil tindakan berlebihan terhadap penjenayah. Sebalik hanya boleh menangkap dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

See also  Video✓✓berang Kerap membrek, lelaki emosi bertindak tendang kereta dipandu wanita

 

Ini kerana, perbuatan membelasah suspek kes jenayah boleh menyebabkan kematian yang tidak disengajakan dan akhirnya orang awam yang terbabit dalam kes itu boleh didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh.

 

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kasihan Suspek pecah rumah dibelasah teruk undang kemarahan penduduk dan netizen " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148692
Users Today : 299
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23998
Users Last 30 days : 80090
Users This Month : 42417
Users This Year : 148691
Total Users : 148692
Views Today : 401
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36687
Views Last 30 days : 122903
Views This Month : 64817
Views This Year : 227207
Total views : 227208
Who's Online : 31
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares