Ketua Pengarah KPT disiasat hadir majlis hari raya

Ketua Pengarah KPT disiasat hadir majlis hari raya

 

Viral makan diri.

SERDANG: Polis menyiasat dakwaan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Profesor Datuk Dr Husaini Omar melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila menyertai majlis hari raya pada hari raya pertama bersama pemimpin dan pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Superitenden Mohd Rosdi Daud berkata satu laporan polis telah dibuat ekoran daripada satu artikel sebuah portal berkaitan dakwaan itu pada Sabtu.

See also  20 Penemuan sains Melatonin anti oksidan terkuat

 

“Program tersebut telah diadakan di Kolej Kediaman ke 13 UPM pada Khamis yang melibatkan kehadiran mahasiswa dan pihak pengurusan UPM.

 

“Program tersebut dianjurkan sempena penyampaian sumbangan hari raya kepada mahasiswa dan juga jamuan hari raya,” katanya melalui kenyataan pada Ahad.

See also  Bekas Timbalan Pengarah JSJK Bukit Aman didakwa langgar SOP

 

Mohd Rosdi berkata, berdasarkan gambar yang dimuat naik kelihatan kehadiran tetamu dan juga mahasiswa ke program tersebut.

 

“Siasatan kini dijalankan dibawah Peraturan 17 P.U (A) 225/2021. (Melanggar SOP PKP) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 ke atas pengunjung dan RM10,000 ke atas penganjur,” katanya.

 

Mohd Rosdi memaklumkan kertas siasatan itu akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya dalam kadar segera.

See also  Wanita meninggal dunia depan klinik positif COVID-19

 

▶️Astro Awani

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Ketua Pengarah KPT disiasat hadir majlis hari raya " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

371995
Users Today : 610
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15307
Users Last 30 days : 64430
Users This Month : 61013
Users This Year : 371994
Total Users : 371995
Views Today : 918
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 22944
Views Last 30 days : 99270
Views This Month : 94056
Views This Year : 573122
Total views : 573123
Who's Online : 8
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares