Budak lima tahun ditikam bapa tiri OKU Mental

Budak lima tahun ditikam bapa tiri OKU Mental

 

Budak lima tahun ditikam bapa tiri OKU

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar

 

ISKANDAR PUTERI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera di perut dipercayai ditikam bapa tirinya dengan pisau dalam kejadian di Kangkar Pulai di sini.

 

Kejadian itu hanya terbongkar apabila doktor yang merawatnya di salah sebuah hospital di Iskandar Puteri, curiga dengan kecederaan yang dialami.

 

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kanak-kanak berkenaan sebelum itu dibawa ibunya yang berusia 37 tahun untuk mendapatkan rawatan pada 15 Mei lalu kira-kira jam 9 pagi.

See also  Nenek pijak cucu OKU hingga maut di reman sambung 6 hari

 

“Doktor yang merawatnya mendapati mangsa mengalami kecederaan seperti tusukan benda tajam di bahagian perut, sebelah kiri.

 

“Hasil temubual dengan kanak-kanak tersebut sebelum pembedahan dijalankan, mangsa menyatakan dia telah dicederakan oleh pakciknya sendiri (bapa tiri).

 

“Hasil siasatan awal polis, suspek berusia 38 tahun adalah bapa tiri mangsa dan merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU),” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

See also  {DashCam} Wanita maut, anak parah dirempuh Toyota Hilux langgar lampu merah

 

Menurut beliau, suspek telah mendapat rawatan sakit mental di Hospital Sultanah Aminah di sini sejak tahun 2014 dan masih mengambil ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital.

 

“Suspek kemudiannya telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah bagi pemeriksaan lanjut.

 

“Polis turut merampas sebilah pisau panjang yang berukuran 29.5 sentimeter berserta hulu yang berada di rumah suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

See also  Syukur, Allah hantar dia ke kedai saya

 

Katanya, mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan dan masih berada dalam wad di hospital untuk rawatan lanjut.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Budak lima tahun ditikam bapa tiri OKU Mental " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

377996
Users Today : 1591
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16135
Users Last 30 days : 61386
Users This Month : 5000
Users This Year : 377995
Total Users : 377996
Views Today : 2139
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24016
Views Last 30 days : 94268
Views This Month : 7304
Views This Year : 581998
Total views : 581999
Who's Online : 19
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares