Lelaki pakai alat pernafasan buatan sendiri tarik perhatian ramai

Lelaki pakai alat pernafasan buatan sendiri tarik perhatian ramai

 

LANGKAWI: Seorang lelaki warga asing yang mengenakan alat pernafasan buatan sendiri yang kelihatan pelik di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di sini, menarik perhatian ramai.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Gambar lelaki bersama peralatan ‘pelik’ itu yang dipercayai dirakamkan seorang pengunjung yang turut berada di PPV berkenaan dua hari lalu tular di media sosial sejak petang tadi.

 

See also  Kulit Mangga Tinggi Serat dan mineral untuk jantung dan kawal kolestrol

Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi, Dr Mansor Ismail ketika dihubungi mengesahkan kehadiran lelaki yang mengenakan peralatan itu di PPV terbabit untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

 

“Ya, benar lelaki warga asing itu hadir untuk menerima suntikan vaksin di PPV Kompleks Sukan LADA dua hari lalu.

 

“Difahamkan, dia dapat panggilan untuk menerima suntikan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera,” katanya.

 

Dr Mansor berkata, ketika tiba di kaunter pendaftaran dan menerima suntikan, lelaki itu berpakaian biasa dan lengkap dengan pelitup muka.

See also  Keluhan makan di Langkawi melompat dapat bil RM1852.50

 

“Bagaimanapun, ketika berada di sesi pemantauan lelaki itu dipercayai mengeluarkan peralatan berkenaan dari beg yang dibawa sebelum mengenakan pada muka dan kepalanya.

 

“Malah berdasarkan pengakuan yang diberikan kepada petugas kesihatan di situ, lelaki terbabit tidak mengalami sebarang penyakit berkaitan pernafasan,” katanya.

 

Beliau berkata, pihaknya tidak pasti tujuan lelaki itu berbuat demikian sehingga menarik perhatian ramai.

 

Oleh Hamzah Osman / 27mei21

See also  Rambut gugur jangan ambil mudah

Mei 27, 2021 @ 8:16pm

bhnews@bh.com.my

Gambar Media sosial

 

#BeritaHarian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki pakai alat pernafasan buatan sendiri tarik perhatian ramai " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149708
Users Today : 1315
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22210
Users Last 30 days : 79430
Users This Month : 43433
Users This Year : 149707
Total Users : 149708
Views Today : 1830
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33495
Views Last 30 days : 121655
Views This Month : 66246
Views This Year : 228636
Total views : 228637
Who's Online : 21
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares