Helah guna borang rentas negeri palsu gagal

Helah guna borang rentas negeri palsu gagal

 

Bentong: Dua lelaki ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Bentong menghala ke Kuantan, semalam, kerana disyaki memalsukan borang rentas negeri.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang itu, pegawai dan anggota bertugas menahan sebuah kenderaan yang dinaiki oleh dua lelaki berusia 25 dan 34 tahun.

See also  MAKLUMBALAS MENGENAI PEMALSUAN KENYATAAN DI PAPAN TANDA MDKS

 

“Mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Tanah Merah, Kelantan.

 

“Ketika diperiksa, anggota mendapati dokumen perjalanan rentas negeri kedua-dua lelaki terbabit meragukan dan disyaki dipalsukan,” katanya hari ini.

 

Beliau berkata, hasil siasatan awal, polis juga percaya cop dan tandatangan Ketua Polis Balai yang meluluskan surat itu disyaki dipalsukan.

 

“Pegawai yang bertugas menghubungi balai polis yang mengeluarkan permit pergerakan untuk pengesahan.

See also  Hari pertama PKPD, penduduk alih penghadang konkrit

 

“Semakan mendapati nombor siri pada borang rentas negeri itu tidak wujud dan tiada sebarang permohonan permit pergerakan dibuat kedua-dua lelaki terbabit,” katanya.

 

Zaiham berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

 

Beliau berkata, sehingga 29 Mei, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menahan tujuh individu kerana pemalsuan dokumen borang rentas negeri.

See also  Terengganu: 90 positif gara-gara 30 individu zon merah pulang beraya   

 

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Helah guna borang rentas negeri palsu gagal " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124568
Users Today : 3991
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22240
Users Last 30 days : 69913
Users This Month : 18293
Users This Year : 124567
Total Users : 124568
Views Today : 6030
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33809
Views Last 30 days : 108513
Views This Month : 27922
Views This Year : 190312
Total views : 190313
Who's Online : 16
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares