Berita Tular pesakit COVID-19 lari dari HRPZ II palsu – Pengarah
Orang ramai diminta tidak menyebarkan berita yang tidak sahih kerana boleh mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
KOTA BHARU: Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata dakwaan seorang pesakit COVID-19 melarikan diri dari hospital itu, yang tular di laman media sosial merupakan berita palsu.
Datuk Dr Selasawati Ghazali
“Penyebaran berita berkenaan adalah tidak benar. Hasil semakan butiran individu yang didakwa melarikan diri itu juga tiada dalam rekod kemasukan pesakit,” katanya ketika dihubungi, pada Selasa.
Terdahulu tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mengenai seorang pesakit wanita yang didakwa melarikan diri dari Wad 8 iaitu wad pesakit COVID-19 di HRPZ II.
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Tularan pesakit COVID-19 lari dari HRPZ II palsu - Pengarah " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.