DIDENDA RM500 KERANA LASTIK KERETA BEKAS ISTERI

DIDENDA RM500 KERANA LASTIK KERETA BEKAS ISTERI

 

KOTA BHARU: Peniaga kedai makan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah melastik kereta bekas isterinya, minggu lalu kerana berang dihalang berjumpa anak-anak.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Edy Syu’aib Mohd. Suhaimi, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Izuddin Mohd. Shukri.

 

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan khianat dengan melastik bola besi pada kereta Kia Rio milik mangsa berusia 36 tahun sehingga menyebabkan cermin kanan penumpang belakang berlubang dengan kerugian RM200.

See also  Posmen didakwa lastik mata anjing digantung kerja

 

Kesalahan dilakukan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang di sini kira-kira pukul 7.30 petang pada 30 Mei lalu.

 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin manakala tertuduh diwakili oleh Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Roshayati Hassan.

 

Terdahulu, Sharifah Amirda Shasha memohon hukuman yang setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran selain demi menjaga kepentingan awam.

See also  Peragut terjatuh dalam longkang besar

 

Roshayati pula memohon rayuan ringan kerana perbuatan anak guam berlaku selepas tertuduh berang dihalang bertemu empat orang anaknya.

 

“Sebelum kejadian, berlaku pertelingkahan antara mereka apabila bekas isteri tidak membenarkan tertuduh bertemu anak-anaknya.

 

“Selain itu, tertuduh adalah seorang peniaga yang membuka kedai makan bersama ibunya. Dia juga menghidap penyakit migrain yang teruk dan sering mendapat rawatan di hospital,” katanya.

See also  Rakaman CCTV insiden rompakan bersenjata di sebuah pejabat urusan kenderaan

 

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM500 atau diperintah menjalani hukuman penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda yang ditetapkan mahkamah.- UTUSAN

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " DIDENDA RM500 KERANA LASTIK KERETA BEKAS ISTERI " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156704
Users Today : 545
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23359
Users Last 30 days : 78790
Users This Month : 50429
Users This Year : 156703
Total Users : 156704
Views Today : 970
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35383
Views Last 30 days : 121320
Views This Month : 77521
Views This Year : 239911
Total views : 239912
Who's Online : 5
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares