Polis bantu kelahiran anak di sekatan jalan raya

Polis bantu kelahiran anak di sekatan jalan raya

 

Norsyazwani Nasri

am@hmetro.com.my

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kota Samarahan: Wanita selamat melahirkan bayi perempuan di dalam kereta dengan bantuan dua polis wanita Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan yang sedang bertugas menjaga sekatan jalan raya (SJR) di Expressway Kuching – Samarahan, malam tadi.

Dalam kejadian 11.50 malam itu, wanita berusia 26 tahun berasal dari Kampung Semera Ulu, Asajaya bersama suaminya berusia 28 tahun melalui SJR ketika dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

See also  Polis buru lelaki rogol anak saudara

 

Lans Koperal Noor Fatihah Azvelam, 27, berkata, dia yang bertugas menjaga SJR bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam bergegas membantu selepas dimaklumkan seorang lelaki yang isterinya mahu bersalin.

 

“Selepas menghampiri kereta berkenaan, saya melihat wanita itu sudah melahirkan anak.

 

“Saya membantu merungkaikan tali pusat yang berbelit di leher bayi itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Katanya, selepas itu dia dibantu rakannya, Koperal Perakson Jennie, 40, untuk menyelimutkan bayi berkenaan yang kesejukan menggunakan tuala.

See also  Kisah Sebak Dada 60 Tahun Dahulu KOPERAL JAMAL BERSAMA ANAK BERUANG BERNAMA BUJANG

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, suami wanita itu yang berada dalam keadaan panik terus memandu ke arah SJR untuk mendapatkan bantuan.

 

“Anggota kita mendapati wanita berkenaan sudah melahirkan anak dan membantu menyambut kelahiran bayi itu.

 

“Kebetulan seorang lagi anggota yang hendak melapor bertugas turut membantu menyelimutkan bayi menggunakan kain tuala yang dibawa,” katanya.

See also  Ops Ubah Suai Ekzos diperluas ke kawasan perumahan

 

Katanya, bayi bersama ibunya kemudian dibawa ke HUS untuk mendapat rawatan lanjut.

 

Disiarkan pada: Jun 11, 2021 @ 12:05pm

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis bantu kelahiran anak di sekatan jalan raya " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156140
Users Today : 930
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24535
Users Last 30 days : 79964
Users This Month : 49865
Users This Year : 156139
Total Users : 156140
Views Today : 1693
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37205
Views Last 30 days : 123247
Views This Month : 76524
Views This Year : 238914
Total views : 238915
Who's Online : 9
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares