CCTV Rakam Detik Penculikan akhirnya ditinggal tepi jalan
JOHOR BAHRU – Seorang pemuda berdepan detik cemas apabila dilarikan sebelum dipukul lima lelaki dalam kejadian di Taman Mount Austin di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an itu dibebaskan kira-kira sejam kemudian selepas dilarikan menggunakan kereta jenis Proton Persona.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, mangsa dibebaskan kira-kira pukul 7 malam hari yang sama di tepi jalan kawasan Mount Austin, dekat sini.
“Hasil siasatan mendapati ada penglibatan seorang wanita dalam kejadian ini. Bertindak atas maklumat polis berjaya menahan wanita terbabit.
“Motif sebenar suspek melarikan mangsa masih dalam siasatan, namun setakat ini tidak melibatkan kegiatan ah long,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
▶️ KOSMO! ONLINE
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " CCTV Rakam Detik Penculikan akhirnya ditinggal tepi jalan " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.