Pemangku Raja Pahang mahu aktiviti perlombongan di Tasik Chini dihentikan

Pemangku Raja Pahang mahu aktiviti perlombongan di Tasik Chini dihentikan

Astro Awani

Jun 14, 2021

 

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan aktiviti perlombongan di Tasik Chini dihentikan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Tengku Hassanal turut mencadangkan, kawasan bekas lombong itu dipulihkan semula dengan penanaman pokok yang bersesuaian.

 

Baginda juga menitahkan kerajaan negeri Pahang bersama-sama kerajaan Persekutuan mengambil langkah meluaskan kawasan Hutan Simpan Chini dari, 4,600 hektar kepada sehingga 7,000 hektar bagi menjaga kepentingan flora dan fauna di sekitar kawasan Tasik Chini dan sekitar.

 

Menurut Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman, selain cadangan-cadangan tersebut, Tengku Hassanal jturut menitahkan beberapa langkah diambil dalam usaha memulihara Tasik Chini yang juga permata alam sekitar di negeri Darul Makmur itu.

See also  PM-Bantuan Khas Covid-19 Fasa 1 dikreditkan 6 September 2021

“Tasik Chini merupakan Tapak Rizab Biosfera UNESCO yang pertama di negara ini. Justeru, pengiktirafan bertaraf dunia tersebut hendaklah dipertahankan,” kata Ahmad Khirrizal dalam kenyataan yang diedarkan pada Isnin.

Tasik Chini sebelum ini telah menjadi perbualan hangat di media-media sosial sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dan tohmahan sehingga menyebabkan beberapa agensi mengeluarkan kenyataan rasmi.

Pada 13 Mac 2019, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju mewartakan kawasan seluas 4,600 hektar sebagai Hutan Simpan Chini.

 

Tasik kedua terbesar di Malaysia itu juga turut dianugerahkan status sebagai Tapak Rizab Biosfera yang pertama di Malaysia oleh UNESCO pada Mei 2009.

See also  Video Abang ViVa Viral berbekal RM50 redah perjalanan ke Selangor dan Pahang

Ahmad Khirrizal juga memberitahu, Tengku Hassanal turut meneliti laporan dan gambar-gambar yang tular di media sosial berhubung aktiviti perlombongan di tasik berkenaan.

“Bagi melihat sendiri keadaan tersebut, baginda telah mengadakan lawatan mengejut pada 13 Jun 2021 di sekitar kawasan Tasik Chini.

“Baginda juga telah meneliti laporan yang dipersembahkan Menteri Besar Pahang berhubung aktiviti perlombongan di kawasan tersebut serta tindakan pemulihan dan pemeliharaan yang telah dijalankan oleh kerajaan negeri,” kata Ahmad Khirrizal lagi.

Tengku Hassanal juga, jelas Ahmad Khirrizal, memuji langkah kerajaan Pahang yang tidak lagi mengeluarkan sebarang lesen baharu sejak 2019.

Tegas Ahmad Khirrizal, Tengku Hassanal juga mengambil berat dan akan sentiasa memantau usaha yang dijalankan oleh kerajaan Pahang untuk memastikan alam sekitar di negeri itu sentiasa terjaga.

See also  KONTENA 'SYURGA' 7 BERANAK

“Baginda menyeru agar semua pihak untuk sentiasa mengamalkan prinsip alam sekitar, sosial dan urus tadbir yang baik supaya khazanah alam hari ini akan terus kekal dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang,” ujar Ahmad Khirrizal

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pemangku Raja Pahang mahu aktiviti perlombongan di Tasik Chini dihentikan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146558
Users Today : 3007
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21864
Users Last 30 days : 77956
Users This Month : 40283
Users This Year : 146557
Total Users : 146558
Views Today : 4187
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 33244
Views Last 30 days : 119460
Views This Month : 61374
Views This Year : 223764
Total views : 223765
Who's Online : 40
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares