Gara -gara lesen tamat tempoh, Serah diri setelah lari sekatan jalan raya
14.06.2021
Pemandu kenderaan Toyota Lexus yang memecut laju semasa pemeriksaan di sekatan jalan raya tampil serah diri di Balai Trafik Sepang, pada Ahad.

SEPANG – Seorang lelaki menyerah diri di Balai Trafik Sepang pada Ahad selepas tindakannya memecut laju kenderaan ketika pemeriksaan sekatan jalan raya di Kilometer 47.8 Lebuhraya Damansara Puchong, di sini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, video insiden pada Sabtu itu tular di Facebook.
Menurutnya, siasatan mendapati pemandu kenderaan Toyota Lexus itu diarah berhenti untuk pemeriksaan anggota polis ketika sekatan terbabit, namun pemandu berkenan terus memecut laju hingga hampir melanggar seorang lagi anggota bertugas.
“Bertindak hasil siasatan, polis mengenal pasti pemilik kenderaan berusia 31 tahun yang merupakan warga tempatan.
“Lelaki itu datang ke Balai Trafik Sepang pada jam kira-kira 6.30 petang dan soal siasat mendapati semasa kejadian kenderaan itu dipandu oleh adiknya berusia 21 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, siasatan lanjut punca adik pemilik kenderaan itu tidak berhenti semasa pemeriksaan kerana kerana lesen memandu tamat tempoh dan merasa bimbang dimarahi jika diketahui oleh abangnya.
“Adik lelaki itu kemudian tampil serah diri di Balai Trafik Sepang kira-kira jam 8 malam. Ujian saringan air kencing didapati negatif dadah. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 78(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
#SinarHarian
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Serah diri lari sekatan jalan raya " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.