Netizen berang pos monyet dalam kotak

Netizen berang pos monyet dalam kotak

Memperlakukan sebegini keatas haiwan adalag satu kezaliman dan wajar dikenakan tindakan keras.

PETALING JAYA – Klip video dari aplikasi TikTok memaparkan tindakan seorang wanita membuka kotak mengandungi seekor monyet yang dipercayai dibeli secara online mendapat kecaman netizen.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Video berdurasi 25 saat yang dimuat naik semula oleh pemilik akaun Twitter bernama @__nnik itu ditonton lebih 33,000 kali dan diulang kicau lebih 2,000 kali oleh pengguna laman media sosial tersebut.

 

“Mendidih hendak marahnya aku. Lepas itu yang tukang hantar kenapa bungkus monyet itu begitu.

See also  OPERASI MENYELAMAT SEEKOR GAJAH CEDERA TERKENA JERAT DI SG. RELAI, ARING, GUA MUSANG

 

“Beli RM1,000. Lepas itu beritahu pula monyet itu mati kerana orang yang jaga tidak beri makan. Anda tidak mengaku bukan anda yang jaga,” dedah @__nnik.

 

Kebanyakan netizen meluahkan rasa marah dan menyifatkan perbuatan wanita terbabit sebagai tidak berperikemanusiaan.

Memperlakukan sebegini keatas haiwan adalag satu kezaliman dan wajar dikenakan tindakan keras.

 

Monyet kecil dengan lingkaran putih di sekeliling mata itu kelihatan seperti ketakutan sebaik sahaja dikeluarkan dari kotak berkenaan.

 

“Kasihan ia nampak trauma. Bukan dalam rumah tempat tinggal monyet itu tetapi habitat semula jadinya di dalam hutan,” ujar seorang netizen bernama Faisalzulkar.

See also  Kanak-kanak dakwa didera, dihalau ibu bapa

“Tak sanggup hendak tengok video. Baca komen-komen pun sudah rasa kemurungan,” ujar pemilik akaun bernama @jjepukpise

 

Turut memberi maklum balas ialah pengendali laman Twitter rasmi, Projek Langur Pulau Pinang (LPP) melalui akaun @LangurPenang yang menyatakan haiwan primat itu merupakan sejenis lotong.

 

“Jika memelihara lotong kecil, cepat matilah ia tanpa diet makanan yang betul dan tiada hutan sebagai habitat. Tolonglah monyet bukan haiwan peliharaan,” komen LPP.

 

Tinjauan Kosmo! mendapati akaun TikTok individu menggunakan akaun @mieda_24 yang dipercayai memuat naik video tersebut sudah diubah kepada tetapan peribadi. – K! ONLINE

See also  Video monyet ‘bercuti’ di resort cuit hati netizen

 

Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF

19 Jun 2021, 5:37 pm

Video: Media Sosial

 

#Kosmo

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Netizen berang pos monyet dalam kotak " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149697
Users Today : 1304
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22199
Users Last 30 days : 79419
Users This Month : 43422
Users This Year : 149696
Total Users : 149697
Views Today : 1816
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33481
Views Last 30 days : 121641
Views This Month : 66232
Views This Year : 228622
Total views : 228623
Who's Online : 23
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares