Polis berjaya selamatkan Dua warga India mangsa dera bekas penyelia  

Kisah kena dera itu dah tular di India, kesian juga, datang nak cari rezeki tapi berakhir dengan penderaan.

Dua warga India mangsa dera   berjaya diselamatkan

22/6/2021

PETALING JAYA – Polis berjaya menyelamatkan dua pekerja restoran warga India yang didakwa  dipukul dan didera secara seksual oleh bekas penyelia mereka dalam dua serbuan berasingan pada Khamis dan Jumaat lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

 

Insiden yang menimpa mangsa itu telah didedahkan oleh seorang lelaki yang mendakwa pernah didera ketika bekerja di restoran  sama menerusi sebuah rancangan televisyen di India baru-baru ini dan video itu tular pada Khamis lalu.

See also  Dakwaan PALSU Mayat Pesakit COVID-19 Dari India Hanyut Ke Sabah

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, selepas meneliti video berkenaan, polis bersama Jabatan Tenaga Kerja dan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) telah membuat pemeriksaan di restoran dan asrama pekerja.

 

_Mohamad Fakhrudin_

 

“Hasil soal siasat terhadap enam pekerja tempatan dan seorang pekerja warga India, lelaki itu mengaku dia telah dipukul, didera secara seksual dan tidak dibayar gaji oleh bekas penyelia.

“Mangsa turut memaklumkan yang dia pernah melihat rakan senegara cedera pada bahagian kaki akibat dibakar oleh suspek.

See also  [VIDEO] Mengamuk sebab tak dapat makan

“Pada hari yang sama juga, kita telah menerima laporan daripada seorang wanita yang meminta polis mengambil tindakan selepas menyaksikan video itu,” ujarnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini hari ini.

Jelasnya, hasil soal siasat ke atas kedua-dua mangsa yang berusia 22 hingga 34 tahun mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada Mac tahun lalu.

Katanya, bertindak di atas maklumat, polis berjaya memberkas suspek yang berusia 33 tahun pada Jumaat lalu di sekitar daerah ini.

“Semakan mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.

See also  Video Lelaki kejam pukul kaki bayi dengan penyapu lidi

“Suspek direman selama enam hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44 (2) dan Seksyen 13 Atipsom 2007,” ujarnya. – K! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis berjaya selamatkan Dua warga India mangsa dera bekas penyelia   " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

140045
Users Today : 1221
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 22174
Users Last 30 days : 74701
Users This Month : 33770
Users This Year : 140044
Total Users : 140045
Views Today : 1698
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 34346
Views Last 30 days : 115513
Views This Month : 52088
Views This Year : 214478
Total views : 214479
Who's Online : 42
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares