Semalaman jenazah bayi terbiar kerana kesempitan hidup

Semalaman jenazah bayi terbiar kerana kesempitan hidup

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Kuala Lumpur: Remuk hati seorang ibu apabila terpaksa menunggu semalaman untuk menguruskan jenazah bayi lelakinya yang berusia tiga bulan kerana kesempitan hidup.

 

Dia hanya mampu mendakap bayi itu sejak malam tadi yang meninggal dunia akibat demam panas.

 

Kejadian itu berlaku di sebuah rumah setinggan Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah dan disedari seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Rumah Ngaji.

 

Pengasas Rumah Ngaji, Laili Basir berkata, pihaknya dengan bantuan tiga ustaz kampung membantu menguruskan jenazah bayi berkenaan.

See also  Video Lelaki kejam pukul kaki bayi dengan penyapu lidi

 

“Ibunya tinggal menumpang di rumah itu bersama seorang lagi anak perempuannya berumur dua tahun.

 

“Kejadian disedari seorang sukarelawan kita yang lalu di situ dan melihat ibu berkenaan menangis, bila ditanya dia memaklumkan bayinya sudah meninggal dan dia tidak mampu menguruskannya kerana tidak ada apa-apa,” katanya kepada Harian Metro.

 

Laili berkata, pihaknya segera menguruskan bayi berkenaan dan selamat dikebumikan jam 1.30 tengah hari.

 

Katanya, ibu berkenaan masih dalam keadaan trauma dan difahamkan dia meminta bantuan daripada beberapa orang sebelum kejadian itu.

See also  Angkara Syabu Pil Kuda lelaki nekad Kelar leher ibu sebelum digilis lori

SUKARELAWAN Rumah Ngaji membantu menguruskan jenazah bayi berusia tiga bulan. FOTO ihsan Rumah Ngaji

 

Menurutnya, keluarga berkenaan dihimpit kesusahan selepas suaminya menjalani hukuman penjara selama setahun kerana masalah dadah.

 

“Justeru kita bantu keluarga ini dengan barangan asas untuk dua bulan dan bantuan lain yang bersesuaian,” katanya.

 

Laili berkata, Rumah Ngaji yang dikendalikannya banyak membantu masyarakat setempat khususnya mereka yang tiada identiti untuk belajar agama sejak beberapa tahun lalu.

See also  {VIDEO} Polis kejar tokan dadah sejauh 6km 

 

Katanya, pihaknya juga bekerjasama dengan beberapa NGO Semenanjung untuk kutipan dana bagi membantu golongan memerlukan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Semalaman jenazah bayi terbiar kerana kesempitan hidup " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148665
Users Today : 272
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23971
Users Last 30 days : 80063
Users This Month : 42390
Users This Year : 148664
Total Users : 148665
Views Today : 366
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36652
Views Last 30 days : 122868
Views This Month : 64782
Views This Year : 227172
Total views : 227173
Who's Online : 28
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares