Walaupun terlantar lumpuh, kegigihan ikhtiar jana pendapatan melalui e-sport dikagumi ramai.

Walaupun terlantar lumpuh, kegigihan ikhtiar jana pendapatan melalui e-sport dikagumi ramai.

 

Oleh WAT KAMAL ABAS

21 Jun 2021, 1:11 pm

 

LARUT: Terlantar di katil akibat lumpuh selepas terlibat kemalangan bukan halangan buat bekas pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Shah Alam, Selangor menjana pendapatan melalui permainan video secara dalam talian atau e-sport.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Muhammad Azali Abdul Hamid, 23, berkata, dia mula menjana pendapatan melalui permainan video secara dalam talian atau media streaming pada awal tahun ini setelah lumpuh separuh badan akibat kemalangan jalan raya yang dialaminya pada 2017.

 

Menurutnya, dengan keadaannya yang tidak lagi mampu bergerak dan hanya berbaring di katil, internet adalah penghubungnya dengan dunia luar.

See also  10 tahun merantau dan mendidik murid-murid Kinabatangan

“Akibat kemalangan, saya lumpuh separuh badan dari pinggang ke bawah, jadi hanya internet yang menghubungkan dunia luar terutama dengan rakan-rakan.

 

“Dunia maya juga memberi pendapatan kepada saya melalui permainan video secara online.

 

“Melalui permainan video secara online ini saya dapat juga menjana pendapatan kira-kira RM400 sebulan.

 

“Akibat lumpuh, ini saja cara saya mencari duit walaupun tidak banyak namun sekurang-kurangnya saya berusaha,” katanya ketika ditemui pemberita di Sungai Malau Luar, Selama dekat sini semalam.

 

Dia yang menerima bantuan bulanan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata, hasil melalui e-sport memberikan dia pendapatan tambahan.

 

“Wang hasil permainan video ini dapat juga membantu keperluan harian saya,” katanya.

See also  Solar Mama besar jasa kepada warga Kampung Sonsogon Magandai

 

Begitupun, Muhammad Azali kesal kerana capaian internet di kawasannya tidak begitu baik menyebabkan semasa permainan video, secara langsung kerap terganggu.

 

Berikutan itu, Muhammad Azali berharap kerajaan memberikan perhatian terhadap masalah itu demi kepentingan penduduk terutama pelajar yang mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

 

“Saya bukan mahu minta simpati disebabkan keadaan saya tetapi adalah mustahak bagi pihak yang berkaitan menaik taraf capaian internet di kawasan ini.

 

“Saya percaya bukan hanya saya sahaja yang menghadapi masalah ini tetapi juga penduduk di kampung ini, kasihan pelajar yang mahu mengikuti PdPR,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Asmah Mohammad, 59, berkata, anaknya mula aktif dalam permainan video atas talian dua tahun yang lalu selepas dibelikan set komputer.

See also  Radiasi Gelombang 5G menjadi kegusaran ramai kesan kepada kesihatan

 

Katanya, dia menyokong usaha anaknya berdikari dengan mencari wang menerusi permainan video.

 

“Saya kerap menemaninya ketika dia hendak streaming cuma kerap terganggu disebabkan capaian internet di sini terlalu lemah.

 

“Saya berharap kerajaan melihat masalah ini demi kepentingan rakyat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Walaupun terlantar lumpuh, kegigihan ikhtiar jana pendapatan melalui e-sport dikagumi ramai. " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

376464
Users Today : 59
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16564
Users Last 30 days : 61953
Users This Month : 3468
Users This Year : 376463
Total Users : 376464
Views Today : 68
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24957
Views Last 30 days : 95586
Views This Month : 5233
Views This Year : 579927
Total views : 579928
Who's Online : 9
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-12-03
0Shares