Lelaki ditahan susulan video  beri bayi minum arak

Lelaki ditahan susulan video  beri bayi minum arak

June 22, 2021 @ 7:02pm

 

Bayan Lepas: Polis menahan lelaki berusia 19 tahun bagi membantu siasatan berhubung video tular mengenai tindakan memberi minuman keras kepada bayi di sini, hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek ditahan di sekitar Teluk Bahang, pada jam 1.30 petang.

 

Katanya, siasatan mendapati lelaki berkenaan mempunyai 14 rekod jenayah lampau.

See also  Video Lelaki kejam pukul kaki bayi dengan penyapu lidi

 

“Dia juga adalah orang dalam pengawasan polis (OPP) di kawasan berkenaan.

 

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau esok bagi permohonan reman untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

 

Kamarul Rizal berkata, mangsa berusia sembilan bulan kini berada dalam keadaan sihat namun dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

See also  Video✓✓ Sikap samseng pemandu Mitsubishi Triton serang jurugambar

 

“Kejadian itu didapati berlaku pada Mac lalu di rumah sewa suspek di Kampung Telok Awak, Teluk Bahang.

 

“Video berkenaan dipercayai dirakam rakan suspek dan ketika itu bayi lelaki berkenaan baru berusia lima bulan,” katanya lagi.

 

Terdahulu tular satu rakaman video berdurasi 30 saat di media sosial menunjukkan lelaki memberi minuman keras kepada seorang bayi.

See also  Buang bayi di perhentian bas, pasangan kekasih ditahan

#Update

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki ditahan susulan video  beri bayi minum arak " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124451
Users Today : 3874
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22123
Users Last 30 days : 69796
Users This Month : 18176
Users This Year : 124450
Total Users : 124451
Views Today : 5847
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33626
Views Last 30 days : 108330
Views This Month : 27739
Views This Year : 190129
Total views : 190130
Who's Online : 14
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares