Sanggup terjun ‘flyover’ elak diberkas

Sanggup terjun ‘flyover’ elak diberkas

 

JOHOR BAHRU – Cubaan tiga daripada empat suspek pecah rumah melarikan diri daripada ditahan bukan sahaja gagal malah mereka mengalami kecederaan parah apabila terjun dari laluan bertingkat dalam kejadian di Jalan Tampoi, di sini hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian pukul 4.45 pagi itu, ketiga-tiga suspek masing-masing berusia 22 hingga 30 tahun patah tangan, bahu dan pinggang.

 

See also  Penyamun pecah rumah telah berjaya di berkas

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, sebelum kejadian, sepasukan anggota polis sedang menjalankan rondaan di Jalan Seri Orkid berhadapan Hutan Bandar, Taman Mutiara Rini.

 

Menurutnya, polis kemudian terserempak dengan sebuah Perodua Myvi berwarna biru dinaiki empat suspek sebelum mengarahkan mereka berhenti.

 

“Pemandu kenderaan itu tidak mengendahkan arahan untuk berhenti sebaliknya terus bertindak memecut laju menuju ke arah Jalan Skudai.

See also  Bapa tiri durjana dipenjara 1,050  tahun  24 Sebatan rogol Anak Tiri

 

“Kereta tersebut bagaimanapun terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Jalan Tampoi berdekatan pusat beli belah Angsana Mall Johor Bahru.

“Semasa proses tangkapan dibuat, tiga suspek telah bertindak terjun dari ‘flyover’ dan mengalami kecederaan antaranya patah tangan, bahu dan pinggang,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

 

Menurut beliau, polis turut merampas pelbagai peralatan antaranya sebuah radio, dua pembesar suara, sebuah mesin pemotong serta dua telefon bimbit dipercayai hasil jenayah. -K! ONLINE

See also  Suami belasah isteri mengandung hingga koma dicekup selepas 38 hari

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Sanggup terjun ‘flyover’ elak diberkas " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148908
Users Today : 515
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24214
Users Last 30 days : 80306
Users This Month : 42633
Users This Year : 148907
Total Users : 148908
Views Today : 713
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36999
Views Last 30 days : 123215
Views This Month : 65129
Views This Year : 227519
Total views : 227520
Who's Online : 32
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares