{Video} Ambulans bawa bayi terbabit kemalangan

Ambulans bawa bayi terbabit kemalangan

 

Kulim: Dua bayi dan dua wanita serta tiga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selamat selepas ambulans dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan kereta di simpang empat Kulim Hi-Tech, di sini, hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 10.53 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech yang diketuai Mohd Yusri Yusof tiba di lokasi tidak lama kemudian.

See also  Tiga cedera, lif jatuh dari tingkat dua

 

“Terdapat empat orang dalam ambulan iaitu dua bayi dan dua wanita serta tiga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala seorang lagi adalah wanita dipercayai pemandu kereta berkenaan yang berusia 50-an di lokasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

See also  Pewaris Pakcik kemalangan Dari Pahang dicari

 

Ketiga-tiga kakitangan KKM itu serta dua wanita berkenaan cedera ringan manakala kedua-dua bayi itu tidak cedera.

 

“Bagaimanapun identiti kesemua mereka dalam ambulans itu tidak diperolehi setakat ini,” katanya.

 

Mohamadul Ehsan berkata, ambulans itu dipercayai dari Klinik Kesihatan Padang Kulim dan mangsa cedera dihantar ke Hospital Kulim.

See also  Dua pekerja cedera, seorang tertimbus perancah LRT 3 runtuh

 

 

Sumber : Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video} Ambulans bawa bayi terbabit kemalangan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148857
Users Today : 464
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24163
Users Last 30 days : 80255
Users This Month : 42582
Users This Year : 148856
Total Users : 148857
Views Today : 641
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36927
Views Last 30 days : 123143
Views This Month : 65057
Views This Year : 227447
Total views : 227448
Who's Online : 19
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares