Wanita dihubungi anggota polis buat laporan

Wanita dihubungi anggota polis buat laporan

 

Kuala Lumpur: Seorang wanita membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya dihubungi anggota polis melalui aplikasi WhatsApp seperti yang tular di media sosial, hari ini.

 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya mengesan satu hantaran yang tular di Twitter, hari ini, mengenai seorang wanita yang mendakwa dirinya dihubungi oleh anggota polis melalui aplikasi WhatsApp.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

“Berdasarkan hantaran yang dimuat naik wanita berusia 26 tahun itu, dia memaklumkan ke Balai Polis Setapak untuk memohon kebenaran merentas negeri sebelum dihubungi seorang anggota polis.

See also  Video Aksi King pecut Keliling satu taman dikejar Polis

 

“Kami dimaklumkan wanita berkenaan yang juga penganalisis pelaburan sudah membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Gombak jam 7.30 malam hari ini dan dia akan diambil keterangan oleh pegawai penyiasat dalam masa terdekat.

 

“Pada masa sama, kami berjaya mengenal pasti anggota polis yang didakwa menghubungi wanita berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Ashari berkata, siasatan berkaitan isu tular itu sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

See also  ❗❗❗KEHILANGAN KENDERAAN❗❗❗

 

“Pihak polis tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau anggota melakukan sebarang salah laku dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati melakukan kesalahan.

 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

See also  CCTV Dua lelaki samun peniaga wanita tular

 

Disiarkan pada: Jun 29, 2021 @ 10:21pm

Nurul Hidayah Bahaudin

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Gambar Media Sosial

 

#HarianMetro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Wanita dihubungi anggota polis buat laporan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370287
Users Today : 2050
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14468
Users Last 30 days : 65693
Users This Month : 59305
Users This Year : 370286
Total Users : 370287
Views Today : 2836
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21606
Views Last 30 days : 101216
Views This Month : 91383
Views This Year : 570449
Total views : 570450
Who's Online : 26
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares