Pecut kereta sebab takut kena kompaun

Pecut kereta sebab takut kena kompaun

 

Georgetown: Mekanik berusia 23 tahun melarikan diri dari polis sejauh 13 kilometer dalam kejadian di Jalan Tanjung Tokong, di sini, malam tadi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Lelaki terbabit bertindak demikian kerana bimbang dikenakan kompaun berikutan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, lelaki terbabit tiba-tiba memecut kenderaannya sebaik melihat anggota polis yang menaiki kereta peronda (MPV) melakukan rondaan di stesen minyak Batu Ferringghi.

See also  Wanita cedera akibat tikam diri sendiri, bukan disamun

 

Curiga dengan tindakan lelaki itu, polis mengejar Honda Civic dipandu suspek sehingga ke Persiaran Gurney sebelum dia berpatah balik ke Jalan Tanjung Tokong.

 

“Dia berjaya ditahan polis pada jam 9.30 malam ketika melalui hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tanjung Tokong.

 

“Pemeriksaan pada badan dan kenderaan dinaiki lelaki itu tidak menemukan sebarang objek yang mencurigakan serta didapati tiada rekod jenayah lampau,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

 

Soffian berkata, siasatan mendapati lelaki yang bekerja sebagai mekanik itu tinggal di Taman Tun Sardon, Gelugor, di sini dan ke Batu Ferringhi untuk berjumpa rakan.

 

See also  Langgar SOP di pusat snuker: 17 individu dikompaun RM5,000 seorang

Katanya, ketika hendak pulang, dia melarikan diri dari polis kerana bimbang dikenakan kompaun berikutan keluar dari rumah melebihi radius ditetapkan.

 

“Dia dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana melakukan pergerakan melebihi radius 10 kilometer tanpa alasan munasabah.

 

“Kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 5(a)(i) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2021 dan Peraturan 18(1) PPPPB 2021,” katanya.

See also  Pemandu lori dipukul, cuba lari selepas kemalangan

 

Disiarkan pada: July 1, 2021 @ 10:55am

Oleh Zuhainy Zulkiffli

am@hmetro.com.my

Video: Media Sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Pecut kereta sebab takut kena kompaun " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370524
Users Today : 2287
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14705
Users Last 30 days : 65930
Users This Month : 59542
Users This Year : 370523
Total Users : 370524
Views Today : 3186
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21956
Views Last 30 days : 101566
Views This Month : 91733
Views This Year : 570799
Total views : 570800
Who's Online : 11
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares