Kibar bendera kerana darurat diharuskan dalam Islam

Kibar bendera kerana darurat diharuskan dalam Islam

IPOH – Mengibarkan bendera atau tanda-tanda tertentu yang memberi isyarat bahawa diri dalam keadaan terdesak dan memerlukan bantuan sehingga mengancam jiwa adalah diharuskan dalam Islam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, perkara itu seperti kempen kibar bendera putih yang digerakkan di media sosial, bukan satu kesalahan kerana dianggap sebagai satu cara menambah keprihatinan dan saling membantu sesama rakyat.

 

“Dalam Islam sendiri telah menetapkan bahawa semua pihak yang terjejas dan sampai kepada peringkat tiada bekalan makanan harian sehingga mengancam nyawa, adalah wajib untuk dibantu.

See also  Budak nekad panjat bumbung, kibar bendera putih bantu nenek

 

“Jadi, tindakan mengibarkan bendera atau apa-apa tanda ini secara tidak langsung membantu pihak pemerintah dan komuniti setempat memastikan bantuan kepada mereka yang terdesak dan benar-benar memerlukan dengan kadar segera.

 

“Hanya jika warna bendera itu menjadi pertikaian, bolehlah tukar dengan tanda-tanda lain atau warna-warna lain,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

See also  ‘Tak semua Peneroka nikmati kenaikan Harga Sawit’

 

Beliau berkata, dalam keadaan pandemik Covid-19 masih berlarutan, fokus setiap pihak sewajarnya adalah untuk membantu mereka yang terkesan dan memerlukan.

 

Justeru katanya, semua pihak terutama parti politik sepatutnya tidak menggunakan isu-isu kesengsaraan rakyat sebagai modal meraih sokongan dan populariti.

 

“Tanggungjawab pemerintah dan setiap agensinya adalah memastikan bantuan sampai dengan segera tanpa melalui proses birokrasi yang panjang dengan menyediakan kemudahan untuk mudah dihubungi.

 

“Namun keadaan ini tidak menggugurkan tanggungjawab ahli masyarakat terhadap jiran-jiran dan komuniti kejiranannya untuk membantu mereka yang terdesak,” katanya.

See also  Pengecualian Cukai Jalan untuk ibubapa@penjaga OKU

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kibar bendera kerana darurat diharuskan dalam Islam " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133198
Users Today : 1593
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20510
Users Last 30 days : 69213
Users This Month : 26923
Users This Year : 133197
Total Users : 133198
Views Today : 2567
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31910
Views Last 30 days : 108252
Views This Month : 41886
Views This Year : 204276
Total views : 204277
Who's Online : 4
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares