Bukan lari daripada serbuan tapi panik loceng kebakaran

Bukan lari daripada serbuan tapi panik loceng kebakaran

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

SHAH ALAM – Video tular mendakwa sekumpulan pekerja sebuah kilang di Seksyen 22 yang melarikan diri daripada serbuan tidak benar sebaliknya situasi berkenaan berlaku disebabkan pekerja terbabit panik akibat bunyi siren yang berpanjangan di kilang tersebut pada Selasa.

 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya mengesahkan kejadian dipercayai berlaku antara jam 4.30 hingga 5 petang itu bukan kerana operasi atau serbuan pihak penguatkuasa.

See also  Video empangan Sibol pecah tidak benar

 

“Siasatan awal dijalankan mendapati berlaku kegagalan fungsi ‘alarm’ kebakaran, dan difahamkan pihak syarikat dalam proses pemeriksaan sistem pendawaian, bunyi ‘alarm’ menyebabkan ramai pekerja jadi panik dan lari keluar takut ada kebakaran.

 

“Kilang ini difahamkan baru sahaja diambil alih oleh sebuah syarikat, memandangkan syarikat ini masih baru iaitu lebih kurang sebulan ramai pekerja dan pengurusan belum di dedahkan dengan ilmu latihan kebakaran seperti tempat berhimpun dan ‘evacuatian plan’,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

See also  Kes bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang !

 

Pada Selasa, tular di media sosial video memaparkan sekumpulan pekerja kilang memanjat pagar sebuah kilang.

 

Rata-rata netizen mendakwa situasi tersebut berlaku disebabkan adanya serbuan pihak berkuasa di kilang terbabit.

See also  Atuk Kecewa Cinta Dipermainkan Gadls 16 Tahun Dan Terus Buat Report Polis

 

▶️Sinar Harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bukan lari daripada serbuan tapi panik loceng kebakaran " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133174
Users Today : 1569
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20486
Users Last 30 days : 69189
Users This Month : 26899
Users This Year : 133173
Total Users : 133174
Views Today : 2505
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31848
Views Last 30 days : 108190
Views This Month : 41824
Views This Year : 204214
Total views : 204215
Who's Online : 6
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares