Polis siasat laporan terima suntikan vaksin picagari kosong

Polis siasat laporan terima suntikan vaksin picagari kosong

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

KUALA LANGAT – Polis membuka satu kertas inkuiri untuk menyiasat dakwaan seorang lelaki yang menerima suntikan vaksin dari picagari kosong di Hospital Banting di sini.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor mengesahkan menerima laporan tersebut pada jam 6.21 petang pada Selasa.

 

“Pihak polis telah membuka kertas inkuiri polis dan dalam proses menyiasat aduan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

See also  Pengguna LRT, MRT pada 27 dan 28 Mei diminta jalani ujian jika bergejala

 

Menurut laporan polis yang dibuat, lelaki berkenaan mendakwa dia disuntik menggunakan picagari kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas menonton semula video yang dirakamnya semasa proses vaksinasi itu.

Menurutnya, selepas menerima vaksin dia melihat semula video yang dirakam di telefon bimbit dan mendapati dirinya disuntik menggunakan picagari kosong malah jarum suntikan tidak ditekan pada tubuhnya.

See also  CAC STADIUM MELAWATI SESAK, LEBIH 4,000 INDIVIDU POSITIF LAPOR DIRI

 

Dia yang berasa sangsi kembali kepada petugas KKM berkenaan untuk mendapatkan kepastian dan menunjukkan video tersebut.

 

Namun dakwanya lagi, petugas KKM memarahinya kerana membuat rakaman dan minta memadam video itu selepas memberi suntikan sekali lagi.

 

07 Jul 2021

MOHD HARIS FADLI MOHD FADZIL

See also  9 Petua Khasiat Daun Sireh

 

#SinarHarian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis siasat laporan terima suntikan vaksin picagari kosong " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370529
Users Today : 2292
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14710
Users Last 30 days : 65935
Users This Month : 59547
Users This Year : 370528
Total Users : 370529
Views Today : 3195
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21965
Views Last 30 days : 101575
Views This Month : 91742
Views This Year : 570808
Total views : 570809
Who's Online : 18
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares