Meja ‘food bank’ pun sapu
PETALING JAYA – Jika sebelum ini ‘kecoh’ di media sosial apabila segelintir individu tanpa segan silu mengambil semua barangan yang diletakkan di ‘food bank’ sehingga mengundang kecaman orang ramai.

Lebih mengejutkan, meja yang digunakan untuk meletakkan barangan sumbangan turut ‘dilarikan’.
Menerusi satu gambar yang tular di laman Facebook, kelihatan beberapa barangan bantuan seperti tepung dan bihun berada di atas lantai selepas meja yang digunakan untuk meletakkan makanan itu hilang.
Selain itu, pemilik ‘food bank’ itu turut meninggalkan satu nota pesanan iaitu ‘Tolong Kembalikan Meja Saya’.
Sementara itu, orang ramai mengecam tindakan individu yang melarikan meja itu dan meminta ‘pencuri’ itu supaya mengembalikan dengan segera.
“Orang suruh ambil barang sahaja yang awak ‘rembat’ sampai meja pun hilang apa ke hal? Meja pun satu keperluan ke sekarang?,” soal John Rambo.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi netizen yang dikenali sebagai Nur Amanda.
“Selepas ini mungkin orang sudah serik untuk memberikan bantuan ‘food bank’ ini kerana ramai yang ambil kesempatan bukannya betul-betul terdesak,” jelasnya
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Kebongokan apakah ini sehingga Meja ‘food bank’ pun sapu " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.