CAC STADIUM MELAWATI SESAK, LEBIH 4,000 INDIVIDU POSITIF LAPOR DIRI

CAC STADIUM MELAWATI SESAK, LEBIH 4,000 INDIVIDU POSITIF LAPOR DIRI

 

SHAH ALAM: 12 July – Sedih dan dalam masa sama timbul rasa bimbang. Itulah perasaan apabila melihat ramai individu yang positif Covid-19 berpusu-pusu hingga terpaksa beratur panjang lebih 500 meter untuk melaporkan diri ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati di sini hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Lebih menyayat hati apabila kanak-kanak dan bayi antara individu yang disyaki positif turut sama beratur dan terpaksa berpanas sejak pukul 11 pagi tadi.

 

See also  Tiga jururawat dikompaun jumpa rakan pakai gelang 'pink'

Tinjauan MalaysiaGazette sejak jam 10 pagi mendapati orang ramai beratur sehingga pakir kenderaan bersebelahan dengan Stadium Malawati.

 

Hanya sebuah khemah berwarna putih sahaja kelihatan di tempat orang ramai beratur dan itu pun bagi menempatkan individu yang mengalami sesak nafas dan mereka yang mempunyai simptom pandemik yang serius.

 

Kebanyakan pengunjung yang hadir bersiap sedia dengan beg pakaian masing-masing di samping kelengkapan lain termasuk bantal dan baldi, seolah-olah mereka tahu akan ditempatkan di pusat kuarantin selepas ini.

 

MalaysiaGazette turut mendapati lebih 10 bas persiaran diletakkan di bahu jalan yang membawa ribuan pesakit Covid-19 ke pusat kuarantin selepas tahap kesihatan mereka dinilai di CAC berkenaan.

See also  26 Julai 2021:COVID-19 Jumlah kes 14,516

 

Lebih mengejutkan apabila MalaysiaGazette dimaklumkan lebih 4,000 pengunjung telah hadir ke CAC Stadium Malawati dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari tadi.

 

Menurut petugas perubatan di situ, kapasiti harian CAC Stadium Malawati boleh menerima antara 1,200 hingga 1,500 pengunjung dan kehadiran lebih 4,000 orang itu di luar keupayaan mereka.

 

 

See also  Video tular mengenai Stadium Malawati tidak benar

Memandangkan jumlah pengunjung semakin bertambah, petugas CAC Stadium Malawati dilihat mula mengagihkan makanan dan minuman kepada orang ramai kira-kira pukul 11.45 pagi tadi bagi meredakan keadaan

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " CAC STADIUM MELAWATI SESAK, LEBIH 4,000 INDIVIDU POSITIF LAPOR DIRI " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156148
Users Today : 938
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24543
Users Last 30 days : 79972
Users This Month : 49873
Users This Year : 156147
Total Users : 156148
Views Today : 1706
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37218
Views Last 30 days : 123260
Views This Month : 76537
Views This Year : 238927
Total views : 238928
Who's Online : 4
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares