King keliru atau sengaja buat hal lagi

‘King’ buat hal lagi

 

PETALING JAYA – Bukan ‘King’ kalau tak buat hal. Itu antara komen orang ramai apabila menonton klip video yang memaparkan aksi Perodua Myvi di sebuah persimpangan lampu isyarat.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Apa yang menjadi tumpuan orang ramai adalah ‘gelagat’ kenderaan terbabit yang sedang menunggu lampu isyarat bertukar kepada warna hijau dan pada masa sama berada di lorong salah.

 

Menurut orang ramai, lampu isyarat tersebut tidak akan bertukar warna hijau jika ‘sensor’ pada lorong berkenaan tidak ‘dilanggar’ oleh mana-mana kenderaan.

See also  Kemas kini-Video©Bertemu sama angin,samseng jalanraya lepas geram tak diberi laluan

 

Namun, pada saat akhir video berdurasi satu minit 51 saat yang dikongsi di laman Facebook Nibong Tebal Kini itu memaparkan pemandu ‘King’ tersebut kemudiannya mengubah laluan ke sebelah kiri jalan selepas lama ‘menghabiskan’ masa di persimpangan itu.

 

Bagaimanapun lokasi kejadian itu tidak dinyatakan.

 

Sementara itu, rata-rata orang ramai ‘terhibur’ dengan aksi pemandu kereta tersebut dan mereka turut menasihatkan pengguna lain agar tidak meniru aksi tersebut.

See also  kabel internet TM putus، Zon utara terjejas

 

“Sepatutnya kereta hitam tu dok ‘line’ kiri baru lampu isyarat hijau, dia ada sensor kat atas jalan tu,” tulis Mohammad Zulkifli.

 

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Muz Tadha.

 

“Mungkin dia baru pulang dari ‘oversea’, masih keliru dengan jalan Malaysia kerana biasa memandu sebelah kanan,” katanya.-K! ONLINE.

See also  Video] F*CK cikgu dah, Ini buang buku teks dlm sungai pula

Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI

12 Julai 2021, 8:49 pm

Video Media sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " King keliru atau sengaja buat hal lagi " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370444
Users Today : 2207
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14625
Users Last 30 days : 65850
Users This Month : 59462
Users This Year : 370443
Total Users : 370444
Views Today : 3062
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21832
Views Last 30 days : 101442
Views This Month : 91609
Views This Year : 570675
Total views : 570676
Who's Online : 16
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares