Varian Delta antara faktor kes Covid-19 meningkat, mampu jangkiti 800 orang dalam masa singkat – Dr Noor Hisham

Varian Delta antara faktor kes Covid-19 meningkat, mampu jangkiti 800 orang dalam masa singkat – Dr Noor Hisham

Dilaporkan, varian Delta berasal dari India.

 

PENULARAN varian Delta yang paling bahaya dan mudah merebak merupakan salah satu faktor peningkatan kes Covid-19, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan berkata, unjuran jangkitan disebabkan varian tersebut adalah tinggi dan boleh merebak dengan pantas.

 

“Salah satu faktor peningkatan kes disebabkan oleh varian. Kita dimaklumkan varian Delta sekarang ini menjadi varian yang dominan.

 

“Varian Delta ini merebak dengan cepat sekali… bererti kalau 100 orang dijangkiti, ia boleh menjangkiti 800 orang dalam tempoh yang singkat,” katanya pada sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), petang Selasa.

See also  Azabnya kebas pada kaki, tangan , ini cara rawatannya

 

Dilaporkan, varian Delta berasal dari India.

 

Dr Noor Hisham berkata, jangkitan Covid-19 pada masa ini boleh menular melalui bawaan udara atau ‘airborne’.

 

Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya orang ramai mengamalkan pemakaian pelitup muka berganda dan mengelakkan berada di tempat-tempat sesak.

 

“Pada masa singkat, ia boleh menjangkiti. Jadi kita kena ambil tindakan untuk mengelakkan daripada dijangkiti iaitu pemakaian pelitup muka berganda dan face shield, dan mengelakkan tempat-tempat sesak.

See also  Operasi Pengusiran PATI di KLIA

 

“Ini kerana kalau ada seorang yang positif, maka ia akan merebak,” katanya.

 

Menurut Dr Noor Hisham, faktor kes harian Covid-19 meningkat turut disebabkan oleh peningkatan saringan di lapangan.

 

Beliau menambah, peningkatan kes Covid-19 di Selangor, Kuala Lumpur Lumpur dan Negeri Sembilan sejak kebelakangan ini merupakan hasil daripada saringan bersasar.

 

Pada Selasa, Malaysia merekodkan kes harian tertinggi sejak negara dilanda pandemik tahun lalu, dengan 11,079 kes baharu.

 

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,263 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,521), Negeri Sembilan (1,033)

See also  Madu kelulut berkesan untuk asma, batuk, demam dan masalah saraf

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Varian Delta antara faktor kes Covid-19 meningkat, mampu jangkiti 800 orang dalam masa singkat - Dr Noor Hisham " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363548
Users Today : 167
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10443
Users Last 30 days : 65898
Users This Month : 52566
Users This Year : 363547
Total Users : 363548
Views Today : 214
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16140
Views Last 30 days : 101680
Views This Month : 81479
Views This Year : 560545
Total views : 560546
Who's Online : 12
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares