Suami Isteri Terpaksa Menumpang Di Belakang Rumah Kedai Selepas Hilang Kerja

Suami Isteri Terpaksa Menumpang Di Belakang Rumah Kedai Selepas Hilang Kerja

July 14, 2021

BATU BERENDAM: Bahagian belakang sebuah rumah kedai di Taman Merdeka di sini, menjadi tempat sepasang suami isteri berlindung selepas hilang punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Tiada yang selesa, hanya papan lapis, kanvas dan karpet lama menjadi dinding ‘rumah’ mereka itu, selain sebuah van buruk tersadai di situ dijadikan tempat menyimpan barang.

 

 

Kesunyian lorong di kawasan itu menyembunyikan kesusahan dihadapi mereka yang tidak mampu menyewa rumah disebabkan tidak lagi mempunyai sumber pendapatan.

 

Norhasidah Nasurah, 27, berkata dia dan suaminya, Saini Mohd Amin, 37, masing-masing bekerja sebagai pembantu kedai makan sebelum tempat kerja mereka ditutup disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

See also  Ibu tunggal Hanya makan bubur sehari sekali dan kutip sayur-sayur di tepi jalan

Katanya, suaminya turut memperoleh pendapatan tambahan dengan mencari barangan lusuh sebelum ini. Tidak mewah, namun pendapatan itu cukup untuk menampung kehidupan mereka berdua.

 

Norhasidah berkata, mereka sebelum ini menetap di sebuah rumah pangsa, namun terpaksa keluar kerana perlu memberi laluan kepada penyewa baru.

 

 

Norhasidah dan suaminya, Saini, sebelum ini masing-masing bekerja sebagai pembantu kedai makan.

Norhasidah dan suaminya, Saini, sebelum ini masing-masing bekerja sebagai pembantu kedai makan.

Mengakui tidak mahu meminta bantuan keluarga kerana tidak mahu menyusahkan mereka, Norhasidah berkata, ini adalah tempoh paling sukar sejak lapan tahun mendirikan rumah tangga.

 

“Ini paling susahlah tahun ini. Lapan tahun ini, keadaan sekarang paling tak boleh nak buat apalah… rumah pun tak ada… terpaksa duduk di sini,” katanya ketika ditemui.

See also  Rider FoodPanda tergamam dapat tip penghantaran RM1,000. 

 

Katanya, bukan mereka tidak berusaha mencari kerja, namun dengan keadaan sekarang, ia adalah perkara yang sukar. Namun, katanya mereka enggan mengalah dan masih berusaha mencari dan menjual barangan lusuh walaupun sukar untuk dijual.

 

 

Katanya, ada kala mereka terpaksa mengikat perut kerana ketiadaan makanan disebabkan kehabisan wang sehingga dua hari dan mengharap ihsan masyarakat sekitar.

 

Kesukaran dihadapi mereka sampai kepada perhatian kerajaan negeri yang mengambil tindakan segera menyelamat dan mencarikan tempat tinggal baharu.

 

Setiausaha Khas Hal Ehwal Masyarakat Ketua Menteri Melaka, Muhamad Ahyad Abdullah yang mewakili Ketua Menteri memaklumkan, pihaknya akan membantu mendapatkan sebuah rumah yang lebih selesa untuk pasangan itu di kawasan Teluk Mas.

See also  Bapa PersoaI Kantin Sekolah JuaI Mee Segera Goreng ‘Bodoh’, Kosong Apa Pun Tak Ada!

 

“Selain itu, kerajaan negeri juga akan mendapatkan pekerjaan untuk mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup,” katanya ditemui ketika mengunjungi pasangan itu hari ini.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Suami Isteri Terpaksa Menumpang Di Belakang Rumah Kedai Selepas Hilang Kerja " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156035
Users Today : 825
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24430
Users Last 30 days : 79859
Users This Month : 49760
Users This Year : 156034
Total Users : 156035
Views Today : 1414
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36926
Views Last 30 days : 122968
Views This Month : 76245
Views This Year : 238635
Total views : 238636
Who's Online : 3
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares