KONTENA ‘SYURGA’ 7 BERANAK

KONTENA ‘SYURGA’ 7 BERANAK

 

JOHOR BAHRU: Tujuh beranak di Kampung Baru Seri Aman, Kempas Lama, Tebrau, di sini, tinggal bersesak dalam sebuah kontena sejak setahun lalu, kerana tidak mampu menyewa rumah.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Lebih menyedihkan, Azrul Maskat, 36, isterinya, Junaidah Abd Samad, 36, serta lima anaknya yang berusia 13 tahun hingga lima tahun membawa diri tinggal di kontena berkenaan selepas tidak dibayar gaji yang dijanjikan sebagai tukang rumah.

 

Azrul yang juga melakukan pelbagai kerja kampung untuk menyara keluarga berkata, beliau tinggal di kontena itu atas ihsan pemilik tanah yang memberi kebenaran untuk menumpang sementara di situ.

 

“Saya dan keluarga sudah menetap di kontena ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, berikutan tidak lagi mampu membayar sewa rumah.

See also  Warga Emas hidup dalam kereta bawah jejantas Pasar Seni

 

“Kami sekeluarga buntu dan tidak tahu mahu ke mana. Bagaimanapun, ada individu prihatin yang membenarkan kami menumpang di kontena atas tanah miliknya buat sementara.

 

“Namun, kini kami perlu mencari penempatan lain berikutan tanah ini mahu dibangunkan pemilik.

 

“Walaupun susah, saya segan mahu meminta bantuan dan lebih suka berusaha sendiri melakukan apa sahaja kerja termasuk memotong rumput atau membaiki motosikal, bagi memberi isteri dan anak-anak makan. Asalkan dapat sedikit upah bagi membeli beras dan tepung,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

 

Walaupun lebih suka berusaha sendiri bagi menyara keluarga, naluri Azrul sebagai suami dan ayah tetap tersentuh, apabila tidak dapat bekerja sama ada dipanggil memotong rumput atau membaiki motosikal penduduk sekitar.

See also  Warga Emas 20 tahun sambut Aidilfitri sendirian

 

“Kadang-kala saya seperti gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga kerana tidak dapat menyediakan kehidupan lebih baik untuk isteri dan anak-anak.

 

“Bagaimanapun, saya sangat bersyukur isteri dan anak-anak bukan jenis yang cerewet serta meminta-minta. Apa yang penting, saya tidak putus asa dan mencari apa sahaja peluang kerja bagi membeli makanan,” katanya.

 

Azrul berkata, beliau dan keluarga terharu berikutan menerima sumbangan individu prihatin sejak kisahnya ditularkan.

 

“Alhamdulillah, ada yang sudi bantu terutama barangan keperluan. Ada juga yang mahu bantu mohonkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal” katanya.

See also  Kita ada bukti, kata menteri selepas kilang sarung tangan nafi laporan

 

Sementara itu, EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ayub Jamil, ketika dihubungi berkata, kerajaan negeri bersedia membantu keluarga Azrul termasuk memindahkan mereka ke rumah skim Projek Perumahan Rakyat (PPR).

 

“Saya akan segera menyantuni dan bertemu keluarga Azrul bagi menyalurkan bantuan diperlukan termasuk rumah PPR,” katanya. – BH

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " KONTENA 'SYURGA' 7 BERANAK " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146373
Users Today : 2822
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21679
Users Last 30 days : 77771
Users This Month : 40098
Users This Year : 146372
Total Users : 146373
Views Today : 3865
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32922
Views Last 30 days : 119138
Views This Month : 61052
Views This Year : 223442
Total views : 223443
Who's Online : 49
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares