25 Bangladesh didenda RM125,000 berhimpun pada hari Raya Aidiladha

25 Bangladesh didenda RM125,000 berhimpun pada hari Raya Aidiladha

 

GEORGE TOWN – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM125,000 terhadap 25 lelaki warga Bangladesh selepas didapati bersalah melanggar prosedur standard operasi (SOP) dengan berkumpul pada Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Setiap seorang warga Bangladesh itu didenda RM5,000 selepas kesemua mereka mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Norsalha Datuk Hamzah.

See also  Sawan atau epilepsi satu jenis penyakit gangguan saraf otak.

 

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka yang berusia lingkungan 23 hingga 41 tahun itu didakwa berhimpun bersama orang lain bagi maksud sosial di dalam sebuah rumah di Taman Desa Mutiara di Batu Maung pada pukul 9 malam pada Selasa lalu.

 

Kesalahan itu didakwa mengikut Peraturan 10(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) P.U (A) 293/2021.

See also  Gaduh angkara tidak pakai pelitup muka

 

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

 

Hakim menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap setiap tertuduh dan sekiranya gagal membayar denda, mereka akan penjara selama dua bulan.

 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rais Imran Hamid.

 

Manakala 21 tertuduh diwakili peguam menerusi majikan mereka, Muhammad Arif Shaharuddin. –

See also  25 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 17,045 kes

 

Sumber MalaysiaGazette

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 25 Bangladesh didenda RM125,000 berhimpun pada hari Raya Aidiladha " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378052
Users Today : 1647
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16191
Users Last 30 days : 61442
Users This Month : 5056
Users This Year : 378051
Total Users : 378052
Views Today : 2225
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24102
Views Last 30 days : 94354
Views This Month : 7390
Views This Year : 582084
Total views : 582085
Who's Online : 9
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares