Bomba jadi bidan sambut kelahiran bayi

Bomba jadi bidan sambut kelahiran bayi

 

SHAH ALAM – Tugas anggota bomba ternyata serba boleh apabila menjadi bidan terjun menyambut kelahiran seorang bayi perempuan di pekarangan Balai Bomba Kota Anggerik, malam tadi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Insiden tersebut berlaku pukul 8.20 malam apabila air ketuban kepada seorang wanita yang hamil berusia 29 tahun itu pecah menyebabkan seorang anggota bomba perempuan di balai itu membantu menyambut kelahiran bayi tersebut.

See also  Keberanian Kakak selamatkan dua adik dalam kebakaran

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik, Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, terdahulu wanita itu bersama suaminya berusia 30 tahun dalam perjalanan ke Hospital Shah Alam dari rumah mereka di Puncak Alam.

 

Katanya, dalam perjalanan tersebut wanita hamil itu mendapati merasa sakit untuk bersalin dengan air ketuban telah pecah sebelum memasuki balai bomba ini kira-kira pukul 7 malam.

See also  Bomba pantas selamatkan Wanita hilang kerja, dihalau dari rumah sewa cuba terjun tingkat 32

 

Anggota kemudiannya menghubungi pihak hospital untuk bantuan seterusnya.

 

“Semasa menunggu ambulans, wanita tersebut melahirkan anak perempuan dengan disambut anggota kami iaitu Norsyuhadah Ahmad.

 

“Bayi itu dan ibunya yang selamat kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulan Kementerian Kesihatan ( KKM ) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

 

Jelas beliau, difahamkan bayi tersebut merupakan anak kelima kepada pasangan tersebut.

See also  {Video} Ambulans bawa bayi terbabit kemalangan

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bomba jadi bidan sambut kelahiran bayi " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156759
Users Today : 600
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23414
Users Last 30 days : 78845
Users This Month : 50484
Users This Year : 156758
Total Users : 156759
Views Today : 1100
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35513
Views Last 30 days : 121450
Views This Month : 77651
Views This Year : 240041
Total views : 240042
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares