Pengurusan kedai mohon maaf, janji perbaiki sistem gerobok rezeki
Perkara ini tidak sepatutnya berlaku terutama dlm keadaan ramai lagi keluarga lain yg terjejas ekonominya kerana pandemik Covid-19 dan memerlukan barangan kering drp Gerobok Rezeki tersebut.
Johor Bahru: Tindakan pengurusan kedai runcit yang melarang sebahagian komuniti bagi mengambil barangan di gerobok rezeki di Taman Universiti, Skudai, di sini, menimbulkan pelbagai reaksi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu dan didedahkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerusi media sosial.
Beliau berkata, pengurusan kedai didapati mempamerkan notis melarang komuniti tertentu bagi mendapatkan barangan di gerobok rezeki buat sementara waktu.
Menurutnya, hasil maklumat mendapati pengurusan kedai mengambil tindakan itu kerana terdapat keluarga mengambil barangan dalam kuantiti yang banyak.
Katanya, difahamkan terdapat dua keluarga mengambil barang dua hingga tiga kali seminggu menyebabkan pengurusan terpaksa meletakkan notis bagi memberi ruang kepada rakan kongsi kedai bermesyuarat untuk menambahbaik aktiviti amal itu.
“Pengurusan kedai sudah menurunkan notis, memohon maaf atas larangan berkenaan dan berjanji akan menambahbaik sistem gerobok rezeki supaya sumbangan sampai kepada keluarga kurang berkemampuan.
“Diharap isu berkenaan tidak diperbesarkan demi kesejahteraan ramai dan aktiviti beramal jariah seumpama berkenaan seharusnya diteruskan.
“Inisiatif dan konsep pengurusan kedai yang murni untuk kembalikan sebahagian keuntungan kepada masyarakat amat dihargai dan saya juga menghargai keprihatinan Persatuan Ikhlas Negeri Johor yang mengetengahkan isu berkenaan,” katanya menerusi sesi bual bicara secara langsung di Facebook (FB) hari ini.
Hadir sama, wakil pengurusan kedai runcit, Azmy Abdul Aziz dan Pengerusi Persatuan Ikhlas Negeri Johor, George Wilson.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Pengurusan kedai mohon maaf, janji perbaiki sistem gerobok rezeki " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.