“Ada Beras Tak Ada Lauk, Buat Nasi Goreng Je.” Rumah Berlantaikan Pasir, Berdinding Kain Jadi Teduhan 6 Beranak

“Ada Beras Tak Ada Lauk, Buat Nasi Goreng Je.” Rumah Berlantaikan Pasir, Berdinding Kain Jadi Teduhan 6 Beranak

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kesusahan hidup yang dialami memaksa enam beranak ini tinggal di dalam rumah dengan sebahagiannya berlantaikan tanah pasir, tiada berdinding dan ditutup dengan kain sahaja.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Norazila Mohd Saleh dan suami, Indra Sahril Mohd Daud masing-masing berusia 42 tahun yang tinggal di Kampung Parit Lubok Utara, Parit Sulung, Johor ini sedar keadaan itu berbahaya, namun mereka tidak mampu membaikinya.

Norazila bekerja di kantin sekolah manakala suaminya pula bekerja di kilang papan terpaksa bercuti ketika ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

See also  Kaedah Memohon Bakul Prihatin Negara

 

“Kos membaiki dapur lebih RM2,000. Saya dan suami tinggal bersama-sama empat anak berusia sembilan, 11, 15 dan 18 tahun yang masih bersekolah. Anak sulung belajar di Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah).

“Disebabkan sudah tidak bekerja, bahagian dapur tidak dibaiki. Makan pun, apa yang ada sahaja. Kalau ada beras tapi tak ada lauk, saya buat nasi goreng sahaja,” katanya.

 

 

Dia berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan wakil Pertubuhan Permata Baiduri Malaysia (Permata), Nor Aisyah A Rahman dan Mastura Onn yang menyampaikan sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu di rumahnya, pada Selasa.

See also  Saya Bertengkar Dengan Peniaga Kerana Tak Mahu Mereka Rugi

 

Norazila berkata, sebelum ini bahagian lain rumah mereka dibaiki sendiri suaminya mengikut kemampuan.

 

Katanya, mereka tidak pernah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi sebelum ini pernah cuba memohon bantuan Baitulmal secara dalam talian tetapi tidak berjaya.

Sementara itu, Presiden Permata, Faridah Hamzah berkata, pihaknya sedang mencari kontraktor untuk membaiki kerosakan dapur rumah keluarga Norazila yang tidak selamat dan tidak selesa terutama semasa hujan.

 

“Mereka juga makan di atas lantai tanah pasir itu. Jadi mana-mana pihak yang mahu membantu keluarga ini amat dialu-alukan,” katanya.

See also  Terbukti Majikan Di Malaysia Adalah Manusia Paling Kedekut Di Asia Tenggara

 

Bagi mereka yang ingin menyalurkan bantuan boleh berhubung dengan 03-61278906 atau 013-7065553 (Faridah), sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank Permata Baiduri Malaysia 551128630934.

 

Sumber & Gambar: Sinar Harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " "Ada Beras Tak Ada Lauk, Buat Nasi Goreng Je." Rumah Berlantaikan Pasir, Berdinding Kain Jadi Teduhan 6 Beranak " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124500
Users Today : 3923
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22172
Users Last 30 days : 69845
Users This Month : 18225
Users This Year : 124499
Total Users : 124500
Views Today : 5924
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33703
Views Last 30 days : 108407
Views This Month : 27816
Views This Year : 190206
Total views : 190207
Who's Online : 13
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares