Video✓✓ Ah long baling petrol, bakar halaman rumah
JOHOR BAHRU
Seorang lelaki bersama keluarganya hidup dalam ketakutan setelah menerima ugutan daripada individu tidak dikenali yang mendakwa adiknya gagal membayar pinjaman yang dibuat sebelum ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mangsa berusia 36 tahun itu turut menerima rakaman video menunjukkan suspek melakukan khianat dengan api pada halaman rumahnya di Skudai, semalam.
Katanya, mangsa menerima video berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp dari individu tidak dikenali kira-kira pukul 10.30 pagi.
Hasil siasatan dijalankan mendapati rakaman video menunjukkan seorang lelaki yang tidak dikenali berada di hadapan rumah mangsa telah membaling dua bungkusan plastik ke halaman rumah dipercayai mengandungi minyak petrol sebelum dibakar.
Semasa kejadian, mangsa dan keluarga sedang tidur di rumah dan tidak menyedari kejadian yang berlaku.
Mangsa ada menerima ugutan menyatakan adiknya ada meminjam wang namun tiada pengakuan dari adik mangsa.
Kerugiaan dialami mangsa dianggarkan RM300,” katanya.
Semalam tular di media sosial video berdurasi 29 saat yang memaparkan seorang lelaki yang bertutup wajahnya melemparkan dua plastik disyaki mengandungi minyak petrol dilempar ke halaman rumah mangsa sebelum membakarnya.
K! ONLINE
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " VIDEO ✓✓Ah long baling petrol, bakar halaman rumah " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.