TikTok ‘Panglima Perang’ rebah selepas divaksin

‘Panglima Perang’ rebah selepas divaksin

 

Oleh KOSMO!

4 Ogos 2021, 11:25 am

 

PETALING JAYA – Aksi seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Mat Tere’ yang menerima suntikan vaksin di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) telah menarik perhatian orang ramai.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Walaupun menggelar dirinya sebagai ‘Panglimo Pere’ (panglima perang) namun, ternyata ia bukan ‘tiket kebal’ bagi lelaki itu selepas dilihat tidak bermaya akibat suntikan vaksin.

See also  CCTV Empat lelaki leka Sembang bertempiaran lari elak polis peronda

 

Menerusi klip video berdurasi satu minit 24 saat yang dikongsi di laman Facebook The Kelat Daily, kelihatan lelaki tersebut pada awalnya bersemangat dan menggelar dirinya sebagai seorang ‘panglima perang’.

 

Bagaimanapun, ketika berada di PPV dia kelihatan beberapa kali menggelak diri daripada disuntik oleh petugas kesihatan dan disaat-saat akhir video itu, kelihatan ‘panglima’ itu sudah ‘rebah’.

 

Lelaki itu hampir pengsan dan petugas kesihatan terpaksa memberikan rawatan awal kepadanya.

See also  Kes Kecemasan Dulu lebih 200, sekarang sekitar 20 pesakit sahaja

 

Namun, Kosmo! difahamkan ‘Mat Tere’ atau nama sebenarnya Muhammad Zul Apiz Baharum,29, adalah seorang ‘insan istimewa’ atau orang kelainan upaya (OKU) dan hampir seluruh rakyat Kelantan mengenalinya.

 

Susulan penyebaran klip video itu, rata-rata netizen mendoakan agar Mat Tere segera pulih.

 

Sehingga kini, klip video tersebut telah ditonton lebih 33,000 kali dan dikongsi lebih 168 pengguna-K! ONLINE.

See also  Info COVID-19 16 Ogos 2021
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " TikTok 'Panglima Perang’ rebah selepas divaksin " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363530
Users Today : 149
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10425
Users Last 30 days : 65880
Users This Month : 52548
Users This Year : 363529
Total Users : 363530
Views Today : 186
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16112
Views Last 30 days : 101652
Views This Month : 81451
Views This Year : 560517
Total views : 560518
Who's Online : 10
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares