Polis siasat 16 jemaah surau di Pengkalan

Polis siasat 16 jemaah surau di Pengkalan

 

KOTA BHARU – Polis membuka kertas siasatan berhubung kes 16 jemaah lelaki termasuk beberapa orang kanak-kanak yang dipercayai menunaikan solat maghrib di Surau Batu 6 Tok Kaya, Jalan Sabak, Pengkalan Chepa di sini kelmarin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, anggota polis bergegas ke surau itu kira-kira pukul 9 malam selepas menerima maklumat mengenai jemaah surau berkenaan yang menunaikan solat tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP).

See also  Lelaki maut akibat parah di pergelangan tangan, tumbuk pintu cermin masjid

 

Katanya, sebaik tiba di surau berkenaan, kebanyakan jemaah sudah pulang ke rumah, namun polis sempat bertemu dengan beberapa orang ahli kariah yang berada di situ.

 

“Siasatan awal mendapati, kesemua jemaah itu tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh ketika ini kerana menunaikan solat secara berjemaah di surau berkenaan.

 

“Sehubungan dengan itu, polis akan mengambil keterangan daripada 16 jemaah terbabit dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

See also  Kes Kecemasan Dulu lebih 200, sekarang sekitar 20 pesakit sahaja

 

Menurut Abdul Rahim, beliau juga memohon orang ramai atau penduduk setempat di kawasan itu agar menyalur maklumat kepada polis dengan segera untuk membantu siasatan.

 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 17 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

 

Sebelum ini, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan mengeluarkan arahan bahawa hanya empat orang jemaah yang terdiri daripada kakitangan masjid dan surau dibenarkan menunaikan solat fardu sepanjang tempoh PKP penuh bermula 1 Jun lalu.- K! ONLINE

See also  15 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 Menaik kepada 13,215 kes

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis siasat 16 jemaah surau di Pengkalan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367082
Users Today : 1994
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11714
Users Last 30 days : 64061
Users This Month : 56100
Users This Year : 367081
Total Users : 367082
Views Today : 2973
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 17869
Views Last 30 days : 99010
Views This Month : 86811
Views This Year : 565877
Total views : 565878
Who's Online : 3
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares