Rebah tepi kereta sebelum meninggal dunia, lelaki disahkan positif Covid-19

Rebah tepi kereta sebelum meninggal dunia, lelaki disahkan positif Covid-19

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Seorang lelaki yang dilaporkan rebah secara tiba-tiba berdekatan sebuah kedai dobi di Taman Tunku Hamimah, Sungai Petani pagi tadi disahkan positif Covid-19.

 

Menurut laporan Kosmo! Online, mangsa Mohd. Shahir Shafie ditemui dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri oleh seorang pekerja syarikat pembersihan yang sedang menyapu sampah di lokasi kejadian.

See also  Rebah dan meninggal dunia selepas hantar pesakit, KKM sahkan pemandu ambulans negatif Covid-19

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, mangsa yang berusia 38 tahun dikatakan berjalan kaki menuju ke hadapan premis berkenaan.

 

“Mangsa tiba-tiba rebah di tepi kereta jenis Perodua Kancil dan terus tidak sedarkan diri sebelum pekerja terbabit menghubungi pihak Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

See also  Perakam punggung wanita dalam pasar raya ditahan

 

Tambah Anuar, mangsa telah meninggal dunia sebelum dibawa ke HSAH dimana hasil ujian saringan mendapati lelaki itu positif Covid-19 dan proses bedah siasat dijangka dilakukan pada esok.

 

Sumber: Kosmo! Online (Abd. Razak Osman)

See also  Sijil digital vaksin palsu mula dijual
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Rebah tepi kereta sebelum meninggal dunia, lelaki disahkan positif Covid-19 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370243
Users Today : 2006
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14424
Users Last 30 days : 65649
Users This Month : 59261
Users This Year : 370242
Total Users : 370243
Views Today : 2779
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21549
Views Last 30 days : 101159
Views This Month : 91326
Views This Year : 570392
Total views : 570393
Who's Online : 21
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares