Tidak pulang sejak Khamis, rupanya sudah meninggal

Tidak pulang sejak Khamis, rupanya sudah meninggal

 

August 10, 2021

 

Kuala Terengganu: Seorang isteri longlai selepas mengetahui suami yang keluar memancing Khamis lalu, ditemukan meninggal dunia di tebing sungai Kampung Sungai Rengas, di sini, malam tadi.

 

M*yat lelaki terbabit, Mohd Norhatta Mohd Nadzar, 39, dari Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga, di sini, ditemukan seorang lelaki, yang kebetulan ke lokasi berkenaan untuk menjala ikan kira-kira jam 9.30 malam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Isteri mangsa, Nurhafiza Abd Rahman berkata, dia menerima berita kematian suami daripada jiran yang mengetahuinya daripada kumpulan WhatsApp kampung pada 10.45 malam.

 

Nurhafiza yang juga kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berkata, dia tidak menyangka suami yang keluar memancing sejak Khamis lalu sudah meninggal dunia.

See also  Jururawat rugi RM94,000 diperdaya individu menyamar ‘pegawai’ LHDN

 

“Suami memang minat memancing dan biasanya akan pulang ke rumah selepas beberapa hari keluar.

 

“Perkara itu sudah menjadi kebiasaan bagi saya, jadi saya tidak berasa pelik apabila dia tidak balik selepas keluar memancing petang Khamis lalu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

 

Bagaimanapun katanya, dia sentiasa menghubungi suaminya setiap kali lelaki terbabit keluar memancing bagi memastikan dia selamat kerana suaminya mempunyai masalah jantung.

 

“Bagaimanapun, kali ini telefon bimbitnya tertinggal di rumah menyebabkan saya tidak dapat berhubung dengannya,” katanya.

 

Nurhafiza berkata, dia percaya suaminya terkena serangan jantung ketika berada di tebing sungai berkenaan.

See also  Teh kulit pisang Merawat masalah tidur

 

“Kali terakhir dia (arwah suami) terkena serangan jantung ketika mengerjakan ibadah korban pada sambutan Aidiladha lalu, tetapi ketika itu dia sempat makan ubat,” katanya.

 

Mentua mangsa, Abd Rahman Mohamad, 70, berkata, dia sudah lali dengan hobi menantunya yang gemar memancing.

 

Katanya, arwah yang berasal dari Temerloh, Pahang, sebelum ini bekerja sendiri dan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia banyak menghabiskan masa di rumah selain keadaannya yang kurang sihat.

 

“Dia (arwah) sudah biasa berhari-hari keluar memancing, jadi saya tidak berasa pelik apabila dia tidak pulang selepas keluar memancing Khamis lalu.

See also  Kejam!! Lelaki tunjuk samseng dengan Anjing dipukul hingga Mati. Perakam dipohon salur maklumat segera

 

“Kematiannya menyedihkan namun saya reda dengan ketentuan Allah,” katanya.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Mad Din, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

 

Katanya, m*yat mangsa kemudian dibawa ke bilik mayat HSNZ untuk bedah siasat.

 

– HM

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tidak pulang sejak Khamis, rupanya sudah meninggal " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

377876
Users Today : 1471
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16015
Users Last 30 days : 61266
Users This Month : 4880
Users This Year : 377875
Total Users : 377876
Views Today : 1955
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 23832
Views Last 30 days : 94084
Views This Month : 7120
Views This Year : 581814
Total views : 581815
Who's Online : 10
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares