Warga AS 44 Tahun menetap Di Malaysia sudah selesa jadi orang Melaka

Warga AS 44 Tahun menetap Di Malaysia sudah selesa jadi orang Melaka

MELAKA: Kira-kira 44 tahun lalu, ketika kali pertama Mark Ruffin menjejakkan kakinya di Malaysia, beliau sama sekali tidak menjangka akan menjadikan negara ini sebagai ‘rumahnya’.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Warga Amerika Syarikat yang kini 66 tahun itu, berkata keunikan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama serta keindahan negara ini membuatkan hatinya tertarik untuk terus tinggal di tanah bertuah ini.

 

Berasal dari Indiana, Ruffin berkata, beliau kemudiannya berpindah ke Brussels, Belgium untuk bekerja bersama ayahnya di sebuah syarikat pertahanan yang membekalkan peluru bagi kereta kebal sekitar 1970an.

 

“Pertama kali mendengar tentang Malaysia, ketika itu saya terpaksa membuka ensiklopedia untuk mengetahui tentang negara ini. Maklumlah, ketika itu masih tiada capaian jalur lebar dan semuanya harus dilakukan secara manual.

 

“Sepanjang 12 tahun bertugas di syarikat pertahanan itu, saya mengembara ke banyak negara dan Malaysia satu-satunya mempunyai masyarakat yang paling penyabar saya pernah jumpa di rantau Asia Pasifik ini,” katanya yang fasih berbahasa Melayu kepada Bernama ketika ditemui di Klebang di sini.

See also  MKN luluskan perarakan Taipusam dengan SOP ketat-TSAM

 

Ruffin yang membesar dengan hobi belayar, memburu, mendaki gunung dan bermain muzik, pada mulanya membeli sebuah bot, lalu bersauh di Pelabuhan Klang, Selangor, dan mendapati keadaan airnya yang tidak begitu memuaskan, sebelum beliau belayar ke Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

“Di Port Dickson, saya mendapati keadaan pasang surut air laut yang terlalu jauh dari pantai sebelum seorang rakan mencadangkan agar saya belayar ke Tanjung Kling di sini.

 

“Setibanya saya di Melaka, saya dapati keadaan pantainya amat menarik, lantas saya membuat keputusan untuk menyewa sebuah rumah bersama seorang rakan untuk dijadikan sebagai rumah hujung minggu,” katanya.

 

Warga Amerika Syarikat Mark Ruffin, 66, menceritakan kisah kehidupannya selama 44 tahun tinggal di Malaysia semasa sesi temu bual khas di Klebang semalam. – Foto BERNAMA

 

Digelar sebagai Grandfather of Camper Van Malaysia, Ruffin yang juga pengendali kumpulan Facebook My Campervan Malaysia, berkata beliau juga membeli sebuah ‘camper van’ dan menjelajah ke seluruh pelosok Semenanjung Malaysia menggunakan kenderaan itu bersama isterinya.

See also  [Video]Bunyi Tangisan bayi masih bertali pusat dalam bakul pakaian

 

“Ketika 1980an, ancaman komunis masih ada. Memandangkan saya bekerja di syarikat pertahanan, sebagai langkah berjaga-jaga, saya akan melaporkan diri di mana-mana balai polis ketika melakukan aktiviti berkhemah dengan ‘camper van’ yang saya miliki,” katanya.

 

Katanya, kali terakhir beliau pulang ke negara asalnya adalah pada 1989 ketika bapanya meninggal dunia, dan beliau kemudiannya memutuskan untuk berhenti kerja selepas mewarisi sejumlah wang simpanan.

 

“Mendiang bapa yakin saya mampu melakukan sesuatu dengan baik kerana mempunyai kesungguhan, dan dengan wang simpanan yang diberikan, saya membuka sebuah resort selepas membeli dua unit rumah banglo di Tanjung Kling untuk disewakan sebagai tempat berehat kepada mana-mana individu yang berminat.

 

“Di resort itu juga, saya membuka restoran dan menjemput kumpulan muzik dari sekitar negeri ini untuk bermain di sana. Antara pemuzik yang menarik perhatian saya adalah Sham Kamikaze yang pernah dijemput untuk bermain,” katanya.

 

Selepas mengharungi jatuh bangun dalam bidang perniagaan, Ruffin kini membuka sebuah tapak perkhemahan khusus bagi peminat ‘camper van’ di Klebang yang diusahakannya bersama seorang rakan sejak lapan bulan lepas, namun dek penangan COVID-19, tapak perkhemahan itu kini memang agak lengang.

See also  56 pekerja asing merusuh positif Covid-19

 

Malaysia mempunyai banyak tempat pelancongan menarik yang boleh dikunjungi dan diteroka. Rakyat Malaysia tidak perlu ke luar negara sebenarnya. Cukup dengan aplikasi Google Earth, anda boleh mencari lokasi yang menarik untuk diteroka.

 

“Ketika ini, aktiviti pelancongan menggunakan ‘camper van’ semakin digemari rakyat Malaysia dan ia berpotensi untuk dibangunkan jika agensi terlibat boleh duduk semeja dan membangunkan dasar yang sesuai untuk aktiviti berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Warga AS 44 Tahun menetap Di Malaysia sudah selesa jadi orang Melaka " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146648
Users Today : 3097
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21954
Users Last 30 days : 78046
Users This Month : 40373
Users This Year : 146647
Total Users : 146648
Views Today : 4394
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 33451
Views Last 30 days : 119667
Views This Month : 61581
Views This Year : 223971
Total views : 223972
Who's Online : 28
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares