Wanita cedera akibat tikam diri sendiri, bukan disamun

Wanita cedera akibat tikam diri sendiri, bukan disamun

 

Oleh NOR AZIHAN BINTI MD. GHAZALI

17 Ogos 2021, 9:39 pm

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

GOMBAK – Polis mengesahkan seorang wanita cedera bukan akibat disamun sebaliknya kecederaan itu dilakukannya sendiri dengan menik@m paha kanannya di Jalan 10, Taman Greenwood, di sini, Sabtu lalu.

 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, dakwaan yang dibuat wanita itu adalah tidak benar sama sekali.

See also  {Rakaman video} Gaduh di PPR Batu Muda, 14 ditahan

 

“Kejadian samun seperti yang didakwanya tidak berlaku dan individu itu didapati telah mencederakan diri sendiri dengan menikam paha kanannya kerana tekanan perasaan akibat masalah keluarga.

 

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati mangsa telah reka cerita. Akibat tikaman itu, mangsa menerima tujuh jahitan pada luka (tikaman) di paha kanan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

 

Menurutnya, kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan mangsa akan dituduh mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan di Mahkamah Selayang esok.

See also  Polis buru dua suspek cubaan ragut di Bandar Sri Damansara

 

Jelas beliau, orang ramai dinasihatkan tidak sesekali membuat laporan palsu bagi kepentingan diri sendiri kerana ia adalah satu perlakuan yang tidak bertanggungjawab dan menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang.

 

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang wanita cedera ditikam pada paha kanannya dalam satu cubaan samun di Jalan 10, Taman Greenwood di sini Sabtu lalu.

 

Orang awam menjumpai wanita berkenaan dalam keadaan cedera di dalam sebuah kereta di lokasi kejadian. – K! ONLINE

See also  {Video} Peragut masih bermaharajalela di Gombak Selangor
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Wanita cedera akibat tikam diri sendiri, bukan disamun " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367134
Users Today : 2046
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11766
Users Last 30 days : 64113
Users This Month : 56152
Users This Year : 367133
Total Users : 367134
Views Today : 3068
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 17964
Views Last 30 days : 99105
Views This Month : 86906
Views This Year : 565972
Total views : 565973
Who's Online : 24
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares