‘Mahu berniaga tapi tiada modal’

‘Mahu berniaga tapi tiada modal’

 

Oleh HARIS FADILAH AHMAD

21 Ogos 2021, 9:54 am

 

JERANTUT – “Saya amat berha­rap untuk berniaga kecil-kecilan bagi meraih pendapatan tetapi mengalami pelbagai kekangan khususnya ketiadaan modal.”

 

Demikian rintihan ibu tunggal, Azmah Kamaruddin, 38, yang tidak mahu mengalah de­ngan kesempitan hidup dalam usa­hanya untuk membesarkan enam anak berusia antara enam hingga 17 tahun.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

“Keinginan saya untuk berniaga secara kecil-kecilan bagi memperoleh pendapatan tidak dapat dilakukan kerana saya langsung tiada modal, peralatan, lokasi, malahan kena menjaga lima orang anak yang masih bersekolah,” ujarnya ketika ditemui di sini semalam.

See also  Duka tak terduga, sukarelawan urus jenazah Covid-19 kebumi ibu sendiri

 

Wanita itu berpisah dengan bekas suaminya sejak empat tahun lalu, sebelum menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

 

Meskipun dengan pendapatan sekadar untuk keperluan asas harian, namun ia sudah cukup menggembirakannya yang tinggal menumpang di rumah pusaka keluarga di Perumahan Felcra Tembeling Tengah di Kuala Tahan di sini.

 

“Pandemik Covid-19 yang menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberikan kesan besar kepada saya sehingga hilang mata pencarian dalam sekelip mata.

 

“Kedai makan tempat saya bekerja terpaksa ditutup selain tiada lagi kerja kampung yang boleh dilakukan,” katanya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menyara keluarga.

See also  Kisah sebak Remaja tamat SPM belikan ibunya cincin RM500

 

Katanya, asalkan ada pihak yang menawarkan pekerjaan di premis-premis perniagaan di Kuala Tahan dan kerja kampung dengan upah yang kecil, itu pun sudah memadai.

 

“Kehidupan saya terbeban apabila bermula pelaksanaan PKP tahun lalu menyebabkan saya langsung tidak ada pendapatan berikutan semua premis ditutup selain kewaspadaan penduduk akibat penularan Co­vid-19,” katanya.

 

Menurut Azmah, pada masa ini, dia hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM650 untuk membeli barangan dapur dan keperluan penting lain.

See also  Lagi Perangai penghuni sengaja menyepahkan dan mengotori bilik hotel 

 

Dia memberitahu, pada masa ini kesemua anaknya iaitu empat perempuan serta dua lelaki masih bersekolah dan perlu diberi perhatian khususnya dalam menyediakan kelengkapan per­sekolahan. -K! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 'Mahu berniaga tapi tiada modal’ " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149573
Users Today : 1180
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22075
Users Last 30 days : 79295
Users This Month : 43298
Users This Year : 149572
Total Users : 149573
Views Today : 1646
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33311
Views Last 30 days : 121471
Views This Month : 66062
Views This Year : 228452
Total views : 228453
Who's Online : 20
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares