Polis edar imej penjenayah kes rompakan kedai emas

  1. Polis edar imej penjenayah kes rompakan kedai emas

 

Oleh MUHD AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF

24 Ogos 2021, 7:15 pm

 

KUALA LUMPUR – Polis hari ini mengedarkan beberapa fotofit penjenayah yang dipercayai terlibat dalam kes rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Metro Perdana, Kepong pada Ahad lalu.

 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, beberapa imej penjenayah yang dirakam di tempat kejadian serta fotofit telah dipadankan berdasarkan keterangan saksi.

See also  Drama ganas dua penjenayah di Sungai Buloh

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

“Polis memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai butiran peribadi penjenayah dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Azrizal Khairul di talian 019-2769117 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482206,” katanya melalui kenyataan di sini hari ini.

 

Kosmo! Online semalam melaporkan, polis sedang memburu empat lelaki dipercayai warga tempatan terbabit dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai emas sekitar Kepong.

 

Eng Lai berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang, suspek yang memakai topeng muka dan bertopi keledar melakukan samun dengan bersenjatakan sebatang tukul besi dan kapak.

See also  Polis buru 2 wanita curi barang kemas Korea

 

“Suspek juga telah memecahkan cermin kaunter dan almari pameran barang kemas serta berjaya melarikan sejumlah barang kemas, rantai leher dan rantai tangan bernilai anggaran RM50,000.

 

“Kenderaan yang digunakan oleh penjenayah adalah dua buah motosikal jenis Yamaha Y150ZR warna hitam yang mana setiap satunya dinaiki dua orang. Semakan ke atas nombor pendaftaran kedua-dua motosikal tersebut didapati palsu. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya. – K! ONLINE

See also  Jumpa barang kemas dalam timbunan sisa kebakaran
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis edar imej penjenayah kes rompakan kedai emas " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156763
Users Today : 604
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23418
Users Last 30 days : 78849
Users This Month : 50488
Users This Year : 156762
Total Users : 156763
Views Today : 1112
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35525
Views Last 30 days : 121462
Views This Month : 77663
Views This Year : 240053
Total views : 240054
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares