CCTV Empat lelaki leka Sembang bertempiaran lari elak polis peronda

Empat lelaki leka Sembang bertempiaran lari elak polis peronda

 

PETALING JAYA – Gara-gara melepak di waktu malam, empat lelaki bertempiaran lari sebelum menyorok di pekarangan kediaman salah seorang daripada mereka apabila sebuah kereta polis peronda menghampiri kawasan tersebut.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Menerusi sebuah rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) rumah salah seorang daripada mereka, kesemua lelaki berkenaan dilihat sedang leka berbual sebelum dikejutkan dengan kehadiran sebuah kereta peronda.

See also  27-8-2021 Vaksin 61.1% Populasi Dewasa Telah Lengkap Divaksinasi

 

Menyedari kereta itu menghampiri kawasan berkenaan, keempat-empat lelaki tersebut berlari dan menyorok dengan cara meniarap di atas lantai di sebalik tembok rumah tersebut.

 

Kereta peronda tersebut kemudian dilihat bergerak melalui kediaman berkenaan dengan semua lelaki tersebut masih dalam keadaan meniarap.

 

Rakaman yang dimuat naik di laman Twitter Penglipur Lara itu menerima komen dipercayai daripada individu dirakam CCTV tersebut.

See also  Berlari 1.2 Km Cari Bantuan

 

Seorang pengguna, @chorrizort bertanya kepada @frdzmlk sama ada ia rumahnya kerana dia mengecam gelongsor di hadapan kediaman tersebut.

 

@frdzmlk mengakui bahawa ia adalah benar dan berkata rakannya itu rugi kerana tidak turut serta bersamanya pada malam kejadian.

 

Pengguna bernama @xhvtchx juga mengakui bahawa salah seorang yang dirakam dalam CCTV tersebut adalah dirinya.

 

▶️KOSMO ONLINE

See also  56 pekerja asing merusuh positif Covid-19

26.08.2021

___________________________________

Ngam² polis sampai????

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " CCTV Empat lelaki leka Sembang bertempiaran lari elak polis peronda " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

372084
Users Today : 699
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15396
Users Last 30 days : 64519
Users This Month : 61102
Users This Year : 372083
Total Users : 372084
Views Today : 1040
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 23066
Views Last 30 days : 99392
Views This Month : 94178
Views This Year : 573244
Total views : 573245
Who's Online : 17
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares