Video pengawal keselamatan dipukul rakaman lama

Video pengawal keselamatan dipukul rakaman lama

IPOH – Polis mengesahkan video tular yang memaparkan seorang pengawal keselamatan diserang lelaki dalam kejadian di sebuah kondominium di sini merupakan video lama.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Semakan mendapati, kejadian itu sebenarnya berlaku pada 29 Disember lalu dan pihak polis telah menahan suspek yang terlibat untuk siasatan.

 

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian itu berpunca daripada tindakan suspek yang tidak berpuas hati terhadap mangsa menghalang anaknya daripada menggunakan kolam renang.

See also  5 pemain bola kena kompaun 'curi' masuk Putrajaya

 

Menurut beliau, mangsa bertindak melarang kerana pada ketika itu kolam renang tidak dibuka kepada orang ramai.

 

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya di mana suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan pada 6 Januari lalu.

 

“Kes tersebut juga dijadualkan disebut semula pada 9 September ini bagi tujuan sabitan hukuman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Lelaki itu meninggal dunia di rumahnya dan laporan bedah siasat oleh pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mengesahkan mangsa mati akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

See also  ????️????️ Bekas pengurus maut selepas rempuh kilang, baling petrol

 

Bagaimanapun, kata Mior Faridalathrash, kejadian ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli keluarga mangsa dengan mendakwa punca kematian adalah disebabkan dipukul dan bertindak menularkan rakaman serta gambar kejadian itu tahun lalu. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

 

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan); KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214 Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

See also  Pasangan masuk IPD Kuala Langat menyamar polis, doktor ditahan
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video pengawal keselamatan dipukul rakaman lama " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378408
Users Today : 2003
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16547
Users Last 30 days : 61798
Users This Month : 5412
Users This Year : 378407
Total Users : 378408
Views Today : 2777
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24654
Views Last 30 days : 94906
Views This Month : 7942
Views This Year : 582636
Total views : 582637
Who's Online : 8
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares