Polis tembak warga asing disyaki terbabit samun

Polis Tembak Warga Asing Disyaki Terbabit Samun

 

KUALA LUMPUR – Polis melepaskan tembakan menyebabkan seorang lelaki warga asing cedera selepas dia dan tiga lagi rakannya cuba meloloskan diri dekat sebuah kuil, di Jalan Berhala di Brickfields, hari ini selepas disyaki terbabit kes samun.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian itu jam kira-kira 1 tengah hari, dua lelaki dan dua wanita dipercayai berasal dari negara Amerika Latin kemudian ditahan di lokasi kejadian.

 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata sebelum itu, polis mengejar sebuah kenderaan dinaiki semua suspek dekat sebuah bank di Cheras hingga ke lokasi kejadian, selepas mereka menyamun orang awam di luar bank berkenaan.

See also  {Rakaman video} Gaduh di PPR Batu Muda, 14 ditahan

“Suspek didapati pancitkan tayar kereta mangsa, sebelum menyamun wang tunai lebih RM150,000 di hadapan bank itu.

 

Susulan itu, polis mengejar kereta Nissan Almera dinaiki suspek hingga ke Brickfields. Suspek dan wang itu kemudian dibawa ke balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

See also  CCTV KEJADIAN SAMUN BERSENJATA DI TEMERLOH

 

Abdul Jalil menasihatkan orang awam yang mengeluarkan wang tunai dalam jumlah banyak di bank supaya lebih berhati-hati dan berwaspada dengan keadaan sekeliling.

“Tiada prosedur operasi standard (SOP) mengatakan seseorang individu perlu memaklumkan kepada polis untuk mengeluarkan wang tunai yang banyak di bank. Yang penting adalah jaga keselamatan masing-masing, boleh bawa peneman atau rakan ke bank untuk keluarkan wang,” katanya.

See also  Lelaki ditahan susulan video  beri bayi minum arak

 

▶️BERITA HARIAN

03.09.2021

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis tembak warga asing disyaki terbabit samun " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133158
Users Today : 1553
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20470
Users Last 30 days : 69173
Users This Month : 26883
Users This Year : 133157
Total Users : 133158
Views Today : 2465
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31808
Views Last 30 days : 108150
Views This Month : 41784
Views This Year : 204174
Total views : 204175
Who's Online : 1
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares