Kereta MyVi yang hanyut di jalan Kionsom Lama, Inanam berjaya dikeluarkan dari sungai. Ada satu mayat mangsa ditemui di bahagian pemandu. Takziah kepada keluarga mangsa.

KOTA KINABALU – Identiti kedua-dua mangsa yang berada di dalam kenderaan jenis Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras pada petang Jumaat ketika melintas jambatan di Jalan Kionsom Lama sudah dikenal pasti.
Pemandu kenderaan dikenali sebagai Simon Sanga Tupe, 68, manakala penumpang dikenali sebagai Juning berusia 30 tahun.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, usaha mencari dan menyelamat mangsa masih dilakukan ketika ini dan kenderaan mangsa ditemui di kawasan Sungai Dambai, Inanam jam 7.20 pagi ini.
“Pada 6.15 pagi, enam penduduk setempat melakukan operasi pencarian dan selepas hampir sejam berjaya menemui kenderaan mangsa kira-kira 200 meter dari jambatan Kampung Dambai.
“Ketika pasukan bomba melakukan penyelaman, dipercayai terdapat mangsa di dalamnya apabila mereka dapat memegang bahagian bahu dan kepala mangsa,” katanya kepada pemberita pada hari ini
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " [Video]Kereta MyVi hanyut di jalan Kionsom Lama, salah seorang mangsa ditemui " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.