VIDEO Dua pelajar wanita diganggu lelaki psiko Laporan Polis telah menyusul

Dua pelajar wanita diganggu lelaki psiko

Laporan Polis telah menyusul

 

PETALING JAYA – Dua pelajar wanita berdepan detik cemas selepas mereka diganggu dua lelaki psiko ketika sedang beriadah di kawasan awam semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kejadian itu dilaporkan menerusi satu perkongsian video dimuat naik di aplikasi TikTok oleh salah seorang mangsa dikenali @nrkhaizatulll dengan memaparkan mereka diganggu oleh dua orang lelaki.

 

Menurut @nrkhaizatulll, salah seorang lelaki terbabit menganggu mereka dengan meminta nombor telefon dan alamat rumah selain tidak mahu beredar dari kawasan berkenaan walaupun disuruh berbuat demikian.

See also  Penyamun guna pisau pemotong sayur diburu

 

“Tengah seronok merakam tiba-tiba ada orang datang kacau kami, mereka siap tanya alamat rumah, sumpah rasa takut sebab mereka psiko,” katanya.

 

Tambahnya lagi, mereka turut diekori lelaki tersebut serta terpaksa memecut motosikal dengan laju ketika mahu pulang ke rumah.

Perkongsian video itu juga turut meraih 1.7 juta tontonan dan 250,600 tanda suka selain mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman media sosial.

See also  (DashCam) Kanak-kanak lintas jalan parah dilanggar di depan rumah 

 

“Tak perlu cakap banyak terus pergi buat laporan polis dengan segera,” kata @hyunjincovr

 

“Cara mereka gelak terlalu seram, tolong buat laporan polis sekarang,” ujar @aaicaady

 

“Aku dah naik angin bila diorang gelak dan kata ‘makan dia’ dan aku tak rasa itu cara yang paling terbaik untuk menyapa orang,”. jelas @junghanjoe.

 

Susulan kejadian itu, pelajar berkenaan turut membuat laporan polis selepas mendapat nasihat orang ramai.

See also  Naik bas untuk pecah mesin CDM

 

▶️KOSMO ONLINE

06.09.2021

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " VIDEO Dua pelajar wanita diganggu lelaki psiko Laporan Polis telah menyusul " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

371999
Users Today : 614
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15311
Users Last 30 days : 64434
Users This Month : 61017
Users This Year : 371998
Total Users : 371999
Views Today : 922
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 22948
Views Last 30 days : 99274
Views This Month : 94060
Views This Year : 573126
Total views : 573127
Who's Online : 10
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares